KUALA LUMPUR: Festival indie Asia Tenggara, TAPAUfest bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 dan 23 Oktober ini.
Lari dari kebiasaan, pengunjung boleh bersantai sambil menikmati hiburan muzik indie berlatarkan pemandangan indah yang pastinya menjadi momen yang paling diingati.
Pengasas TAPAUfest, Ahmad Faris memaklumkan pihaknya berbesar hati menganjurkan acara di kawasan luar bandar kerana mendambakan peluang meneroka tempat menarik di Malaysia.
“Selepas satu dunia terkesan dengan wabak, orang ramai mahukan lebih daripada sekadar konsert.
“Kami teruja mendapat kerjasama dari Majlis Daerah Lenggong, CENDANA, Waka, Ipoh Social Club, Santuy Travellers, Kadiak, Versussika, PBUY, Outsiders Bike, dan Anbot kerana mempercayai kami untuk memartabatkan komuniti dan budaya indie Asia Tenggara di Lenggong," katanya.
Bertemakan #SerumpunBerpesta, TAPAUfest bakal dihiburkan dengan persembahan artis Indie tempatan dan luar negara antaranya Feast (Indonesia), Margasatwa (Malaysia), Abangsapau (Singapura), Sweetass (Malaysia), The Pinholes (Singapura) dan Salammusik (Malaysia) pada hari pertama manakala diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (Malaysia), The DARE (Indonesia), The Filters (Malaysia), Sobs (Singapura), The Times (Malaysia) dan Hindia (Indonesia) pada hari kedua.
Dalam masa sama, pengunjung yang datang boleh menonton filem tayangan dari penggiat industri perfileman Indie serta berkongsi ilmu di ‘Bengkel + Layar’ anjuran KakiSeni.
Bagi penggemar makanan, anda boleh singgah ke ‘WARUNG’ untuk menikmati juadah istimewa serta mendapatkan piring hitam, kaset dan CD, selain karya seni dari artis tempatan di Kedai Serba Serbi.
Tiket Pra-Jualan berharga RM165 (satu tiket untuk hari pertama atau hari kedua), Tiket Solo Weekend berharga RM320 (satu tiket untuk hari pertama atau hari kedua) dan Tiket Geng Weekend berharga RM1240 (empat tiket untuk hari pertama atau hari kedua) boleh didapati di www.TAPAUfest.asia atau hubungi Ahmad Faris di [email protected] atau +60172351204.
Faida Rahim
Sat Oct 08 2022
Ahmad Faris memaklumkan pihaknya berbesar hati menganjurkan acara di kawasan luar bandar kerana mendambakan peluang meneroka tempat menarik di Malaysia. - Foto MARGASATWA/TAPAUfest2022
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
TAPAUfest2022 himpun artis Indie Asia Tenggara
Festival Indie Asia Tenggara, TAPAUfest bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 dan 23 Oktober ini.