Skip to main content

Malaysia

Tarif elektrik: Lapan juta pengguna domestik dilindungi daripada pelarasan hingga Dis ini - Fadillah

Pengecualian itu membabitkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWh) sebulan, dengan anggaran bil RM328 dan ke bawah. -Gambar hiasan
Pengecualian itu membabitkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWh) sebulan, dengan anggaran bil RM328 dan ke bawah. -Gambar hiasan

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kira-kira lapan juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan mendapat manfaat daripada pengecualian surcaj AFA, SST dan caj peruncitan mulai 1 September hingga 31 Disember.
  • Pengecualian ini melibatkan pengguna elektrik sehingga 800 kWh sebulan dengan bil anggaran RM328 ke bawah, merangkumi 90 peratus pengguna domestik.
  • Kerajaan sedang meneliti struktur tarif elektrik tahun depan, termasuk cadangan prinsip pengguna bayar mengikut penggunaan, namun keputusan belum dimuktamadkan.

KUALA LUMPUR: Kira-kira lapan juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada pengecualian surcaj pelarasan bahan api automatik (AFA), cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta caj peruncitan bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengecualian itu membabitkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWh) sebulan, dengan anggaran bil RM328 dan ke bawah.

Beliau berkata peluasan perlindungan yang diumumkan kerajaan pada 18 September lalu itu memberi manfaat kepada kira-kira 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

"Kerajaan mengambil perhatian yang serius mengenai peningkatan bil elektrik bagi sesetengah pengguna domestik di Semenanjung yang disebabkan oleh rantaian faktor-faktor yang telah saya bentangkan sebentar tadi," katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai faktor peningkatan mendadak bil elektrik isi rumah kebelakangan ini serta keselarasan situasi berkenaan dengan jaminan perlindungan yang diberikan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kerajaan sedang meneliti pendekatan terbaik bagi struktur tarif elektrik tahun depan, termasuk cadangan menggunakan prinsip pengguna bayar mengikut penggunaan (user-pay principle).

Beliau berkata kajian terperinci akan dilaksanakan bagi meneliti pendekatan itu, khususnya dengan mengambil kira penggunaan tenaga yang tinggi oleh sektor industri, termasuk pusat data.

Katanya, antara perkara yang dipertimbangkan ialah perbezaan kadar tarif antara pengguna domestik dan industri bagi memastikan kepentingan pengguna isi rumah terus dilindungi.

"Pendekatan itu masih dalam penelitian kerajaan dan belum dimuktamadkan," ujar beliau.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada pengecualian surcaj pelarasan bahan api automatik (AFA), SST dan caj peruncitan? 
    A: Kira-kira lapan juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWh) sebulan, dengan anggaran bil RM328 dan ke bawah, akan mendapat manfaat daripada pengecualian tersebut.
  • Q: Berapa lama tempoh pengecualian surcaj AFA, SST dan caj peruncitan ini dilaksanakan? 
    A: Pengecualian ini dilaksanakan bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember tahun ini.
  • Q: Apakah langkah kerajaan berkaitan struktur tarif elektrik tahun depan? 
    A: Kerajaan sedang meneliti pendekatan terbaik bagi struktur tarif elektrik tahun depan, termasuk cadangan menggunakan prinsip pengguna bayar mengikut penggunaan (user-pay principle), namun pendekatan ini masih dalam penelitian dan belum dimuktamadkan.
  • Q: Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan bil elektrik bagi sesetengah pengguna domestik? 
    A: Peningkatan bil elektrik bagi sesetengah pengguna domestik di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh rantaian beberapa faktor yang telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri.
  • Q: Apakah perbezaan kadar tarif yang sedang dipertimbangkan kerajaan? 
    A: Kerajaan sedang mempertimbangkan perbezaan kadar tarif antara pengguna domestik dan industri bagi memastikan kepentingan pengguna isi rumah terus dilindungi.

Product Recommendation Section Title

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Must Watch Video

Advertisement