KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.
Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.
Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.
Selain itu Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; dan di Pahang adalah di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.
Turut menjadi lokasi melihat anak bulan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah. - Gambar fail/BERNAMA

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 28 Feb
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Feb bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 10 Mac
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.