Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dijangka dibuka semula 1 Julai ini, namun jabatan itu masih menunggu keputusan muktamad daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Yasid Bidin berkata terdapat sebanyak 520 Taska KEMAS di seluruh Malaysia melibatkan lebih kurang 9,000 tenaga kerja dan pelajar.
Beliau berkata pembukaan taska-taska ini bertujuan memudahkan ibu bapa yang ingin meninggalkan anak-anak ketika bekerja, bagaimanapun ibu bapa yang masih ragu-ragu tidak perlu menghantar anak-anak mereka.
"Kita memberi kemudahan kepada ibu bapa yang memerlukan tempat jagaan anak-anak supaya mereka dapat tinggalkan anak mereka dengan tenang.
"Jika taska itu dibuka dan tiada orang yang datang, atau hanya dua atau tiga sahaja yang hantar, tidak mengapa kita tetap buka kerana kita cuma bersedia jika ada yang ingin hantar," katanya selepas pelancaran Projek Menjahit PPE MERCY Malaysia berkolaborasi dengan KEMAS dan Yayasan Maybank di sini.
Mengulas prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar anak-anak ke taska, Mohd Yasid berkata ibu bapa harus memastikan anak-anak dan mereka sendiri berada dalam kedaan yang sihat dan cergas sebelum menghantar anak masing-masing.
"Sebelum kanak-kanak ini berada di taska pastikan mereka dalam keadaan yang sihat, dan diharapkan ibu bapa mengambil bacaan suhu mereka sebelum berada di taska," katanya.
Guru-guru taska juga akan mengambil bacaan suhu pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dibenarkan memasuki di dalam premis taska apabila menghantar anak mereka, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020

Ibu bapa harus memastikan anak-anak dan mereka sendiri berada dalam kedaan sihat dan cergas sebelum menghantar anak masing-masing ke taska KEMAS. - Gambar fail BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut
S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok
Seorang guru taska yang direman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, esok.

Polis tahan guru taska disyaki dera bayi 11 bulan
Wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai guru taska itu ditahan di pekarangan IPD Sungai Buloh pada 6.50 petang.

Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah
Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.

Guru taska mengaku tidak bersalah abai kanak-kanak lemas
Seorang guru taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang lemas dalam kolam renang, pada April lalu.

SOP pembukaan tadika bukan hanya di bahu pengendali
Semua operator tadika dan taska serta ibu bapa di Sarawak digesa untuk melakukan perjumpaan bersama bagi menetapkan kesesuaian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Taska KEMAS dijangka buka semula 1 Julai
Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Yasid Bidin berkata terdapat sebanyak 520 Taska KEMAS di seluruh Malaysia melibatkan lebih kurang 9,000 tenaga kerja dan pelajar.