Tatacara pengurusan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) akan diubah dalam masa terdekat bagi memperluaskan peranannya agar tidak hanya menjaga kebajikan pesara polis malah turut mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tabung itu pada masa ini menerima peruntukan daripada kerajaan dan tidak boleh membuat sebarang kutipan derma daripada pelbagai pihak termasuk sektor korporat.
Bagaimanapun, setakat ini, ia mempunyai dana kira-kira RM28 juta, kata Nur Jazlan.
"Jika tatacara itu diubah, maka TAWP boleh berperanan seperti Tabung Pahlawan (Angkatan Tentera Malaysia) yang mengutip dan menguruskan dana sendiri.
"Ia juga sekaligus memberi peluang kepada pesara untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti, selain daripada hanya menjaga kebajikan masing-masing," kata beliau dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan bencana ribut di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.
Dalam isu lain, Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai meminta Jabatan Audit Negara agar menjalankan pengauditan prestasi terhadap projek transformasi Sungai Segget di sini, yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Katanya permintaan itu berasaskan beberapa kelemahan yang dikenal pasti hasil pemerhatiannya.
"Dahulu saya ingat kos projek ini hanya memakan kos RM200 juta tetapi kemudian menyedari bahawa kos sebenarnya adalah RM340 juta.
"Dengan peruntukan sebanyak itu, kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap IRDA kerana mereka yang mengasas, merancang dan melaksanakan projek ini sepenuhnya tetapi malangnya hasil yang diperoleh tidak seperti dijangka dan banjir masih berlaku," katanya mengulas kejadian banjir kilat yang berlaku di pusat bandar baru-baru ini.
Nur Jazlan berkata beliau maklum IRDA telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat insiden terbabit namun ia tidak memadai kerana tiada audit berkecuali.
"Sebagai agensi profesional, IRDA tidak boleh menyalahkan orang lain dan saya sebagai wakil rakyat, telah menyokong dan membantu mereka dahulu untuk melaksanakan projek ini yang kononnya dapat menyelesaikan masalah banjir.
"Tetapi sekarang dalam tempoh 15 bulan, sudah 12 kali banjir berlaku dan sebab itu audit berkecuali perlu dilakukan dan setelah siap, ia harus dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) agar PAC sendiri dapat menilai prestasi IRDA," katanya.
Terdahulu, seramai 46 keluarga dari Kampung Pasir dan Bandar Baru Uda di sini menerima bantuan wang tunai daripada Nur Jazlan sebagai meringankan beban mereka yang terjejas akibat ribut kencang pada 6 Dis lalu yang merosakkan kediaman mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017

NUR JAZLAN: Tatacara pengurusan TAWP akan diubah bagi memperluaskan peranannya dalam mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.

Kerajaan pandang serius pemilikan senjata api elak kejadian tidak diingini
Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai pemilikan senjata api terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini.

Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat
Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.

Tunggu laporan akhir siasatan kes Jong Nam - Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, daripada membuat andaian.

Bimbing dan disiplin, bukan sekat keinginan remaja keluar malam - Dr Mariani
Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.

Tatacara pengurusan Tabung Warisan Polis bakal diubah - Nur Jazlan
Tatacara pengurusan TAWP akan diubah dalam masa terdekat bagi memperluaskan peranannya agar tidak hanya menjaga kebajikan pesara polis malah turut mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.

Pakatan pegawai kanan Kerajaan antara faktor berlaku penyelewengan - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut berpandangan pakatan yang terbentuk itu mampu menafikan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah guna kuasa berlaku.

Hanya dokumen sokongan dari Jabatan Audit Negara iringi laporan PAC bawah OSA
Rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.