KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi.
"Penumpang terjejas yang ingin menukar penerbangan atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui 'My Booking' di laman sesawang kami,'' menurut syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan hari ini.
Secara alternatif, kenyataan itu memaklumkan penumpang boleh ke Sembang Langsung di laman sesawang berkenaan atau menghubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines.
"Keselamatan penumpang dan kru adalah keutamaan Malaysia Airlines," menurut kenyataan itu.
Agensi Meteorologi Taiwan telah menggeluarkan amaran laut dan darat bagi Taufan Gaemi, yang dijangka mendarat di Daerah Yilan antara lewat malam Rabu dan awal pagi Khamis.
Agensi itu meminta penduduk yang tinggal di sepanjang sungai supaya sentiasa berwaspada manakala ahli meteorologi meramalkan ribut petir di kebanyakan kawasan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi. - Gambar fail/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Tiada rakyat Malaysia terjejas oleh Taufan Gaemi di Taiwan, Filipina - Wisma Putra
Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366 dan MH367
Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi.
Taiwan keluarkan amaran darat dan laut untuk Taufan Gaemi
Agensi Meteorologi Taiwan telah mengeluarkan amaran laut dan darat untuk Taufan Gaemi, yang dijangka mendarat di Daerah Yilan antara lewat malam Rabu dan awal pagi Khamis.