Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban di sini mengalami pendarahan teruk di kepala dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah dirempuh keretapi pada Selasa.
Kejadian yang menimpa Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, berlaku sekitar jam 5.30 petang ketika dia berbasikal dan dalam perjalanan pulang dari sekolahnya ke rumah di Kampung Rasal.
Memetik laporan Sinar Harian, ketika dia sedang melintasi landasan, bahagian belakang tayar basikalnya telah dirempuh keretapi dan menyebabkannya mangsa tercampak kira-kira tiga meter.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah membawa Muhammad Amirul Hakimi ke Hospital Pasir Mas untuk mendapat rawatan sebelum dipindahkan ke HUSM.
Ibu saudaranya, Rohaida Yaakub, 35, berkata, Muhammad Amirul masih belum sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada alat pernafasan.
“Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan, doktor mengesahkan Muhammad Amirul Hakimi mengalami pendarahan di kepala," kata ibu saudaranya.
Doktor juga meminta Muhammad Amirul untuk menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk membuang ketulan darah di kepalanya.
Difahamkan ketika kejadian kereta api itu dari arah Tanah Merah menghala Tumpat, Kelantan.
Asyraf Roslan
Wed Mar 06 2019

Kejadian yang menimpa Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, berlaku sekitar jam 5.30 petang ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolahnya ke rumah di Kampung Rasal - Gambar Sinar HARIAN

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Tayar belakang basikal dirempuh keretapi, pelajar Tahun 3 koma
Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban mengalami pendarahan di kepada dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah dirempuh kereta api.