Penggunaan tayar celup yang mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM adalah tayar celup yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.
"Tayar celup ini adalah satu industri yang dilesenkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan sebagainya, di luar negara pun ada penggunaan tayar celup.
"Tetapi kita kena ingat, kena guna tayar celup yang berkualiti dan mesti disahkan oleh SIRIM kerana pengiktirafannya perlu melalui ujian di makmal dan sebagainya sebelum sijil pengesahan dikeluarkan.
"Bagaimanapun penggunaan tayar celup yang berisiko adalah tayar celup yang dihasilkan dari syarikat yang tidak berlesen. Tayar ini tidak mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh SIRIM, inilah punca kemalangan kerana tayar cepat meletup dan sebatian getah mudah terkeluar," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Selatan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap status penggunaan tayar celup di negara ini.
Nadzri berkata justeru, kami memohon kerjasama daripada agensi lain antaranya KPDNKK dan Lembaga Getah dalam memastikan pengeluaran tayar celup mengikut spesifikasi.
Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata hukuman dan denda terhadap pemandu kereta atau penunggang motosikal di bawah pengaruh dadah sehingga meragut nyawa, akan dilihat semula.
"Walaupun kes seperti ini masih tidak membimbangkan memandangkan statistik menunjukkan 60 peratus punca kemalangan adalah melibatkan had laju serta penunggang dan pembonceng motosikal, namun ia harus diambil serius juga.
"Tetapi kami lebih bimbang jika ia melibatkan pemandu bas atau teksi kerana mereka membawa ramai penumpang," katanya.
Mengenai sistem mata demerit, Nadzri berkata ia dilaksanakan bukan semata-mata untuk menghukum tetapi untuk mendidik dan tidak mahu wujudnya lebih ramai pemandu tegar yang melakukan kesalahan jalan raya berulang-ulang.
"Sebelum ada sistem ini orang kata kami tidak tegas, jadi kami laksana sistem seperti ini yang dilihat lebih tegas dan berkesan.
"Maklum balas daripada orang ramai akan dilihat juga nanti dan mungkin akan dipertimbangkan jika kami buat kajian semula nanti," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017

Wujud kekeliruan orang ramai terhadap status penggunaan tayar celup di negara ini.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

JPJ dalam proses muktamadkan penggiliran petugas kaunter
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam proses memuktamadkan bilangan kakitangan yang akan terlibat dalam penggiliran kerja petugas kaunter membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.

JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.

Op Khas Tahun Baharu: JPJ periksa lebih 12,000 kenderaan di enam negeri
Lebih 12,000 kenderaan diperiksa dalam operasi tahun baharu yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan melibatkan ibu negara dan Putrajaya, Selangor, P

JPJ tambah 1 jam waktu operasi kaunter di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih berkuat kuasa Isnin ini, bagi memudahkan urusan pelanggan.

MyJPJ rekod lebih RM28 juta transaksi dalam tempoh sebulan
JPJ merekodkan kutipan lebih RM28 juta menerusi aplikasi MyJPJ bulan lepas iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.

Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.

JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.

Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.