Penggunaan tayar celup oleh kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler dan bas dilihat memberi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya.
Pemilik kenderaan berat dilihat gemar menggunakan tayar celup tanpa kelulusan SIRIM Berhad kerana ia lebih murah berbanding tayar pneumatik baharu yang boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk sebiji mengikut saiz dan jenama.
Penaung Kelab Pemandu Lori Malaysia, Ahmad Faizol Yaakop, mendakwa sikap sesetengah majikan memilih tayar celup bagi mengurangkan kos operasi yang dibimbangi boleh menjadi antara punca kemalangan membabitkan lori dan treler.
Ahmad Faizol, 28, yang telah 10 tahun bekerja dalam industri pengangkutan berat, mendakwa ramai majikan suka menggunakan tayar celup kerana faktor harga tanpa memikirkan risikonya.
"Walaupun murah, tetapi tayar tiruan (tayar celup) amat berbahaya kerana ia boleh meletup pada bila-bila masa...lebih buruk lagi, serpihan tayar boleh memecahkan cermin kereta yang berada berhampiran," katanya kepada Bernama di sini.
Berdasarkan maklumat pengendali Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tahun lepas sahaja, sejumlah 1,485 kes kemalangan di lebuh raya adalah berpunca daripada pelanggaran objek dan 41.3 peratus daripada objek tersebut adalah tayar dan serpihan tayar.
Ahmad Faizol, yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kereta eksport mewah yang berpusat di Pelabuhan Klang, berkata tayar tiruan boleh didapati dengan harga serendah RM500 sehingga RM600.
Beliau berkata tayar celup diperbuat daripada tayar lama dan hanya diperbaiki dengan menambah bahan getah supaya menjadi seakan-akan tayar yang baharu.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan perlu memastikan usia kenderaan berat tidak melebihi 15 tahun bagi memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan yang baik untuk dipandu pada jarak yang jauh.
Ditanya mengenai cadangan mengatasi kemalangan dalam kalangan pemandu lori dan treler, Ahmad Faizol berkata pemandu perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup bagi memastikan mereka sentiasa fokus pada pemanduan.
"Saya sendiri selalu tidur di tepi lebuh raya sebelum meneruskan perjalanan dari Pelabuhan Klang ke arah utara yang biasanya mengambil masa dua hari bagi setiap penghantaran muatan," katanya yang berasal dari Taiping, Perak, dan bekerja sejak berusia 18 tahun.
Beliau berkata antara faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan membabitkan pemandu lori atau treler ialah tekanan daripada majikan yang meminta muatan tiba ke destinasi dengan cepat.
Sementara itu, seorang lagi pemandu lori, Shamsuri Abdul Arip, 41, berkata beliau sering berhenti di kawasan rehat dan rawat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan dari Selangor ke Johor Bahru yang mengambil tempoh dua hari bagi setiap penghantaran bekalan makanan sejuk beku.
Biasanya pemandu lori tak cukup tidur kerana tempat dituju sangat jauh...jadi bahaya jika pemandu lori tidak cukup tidur," katanya yang memandu tiga kali seminggu ke destinasi sama.
Mengenai punca kemalangan membabitkan pemandu kenderaan berat, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Arifin Che Mat, berkata setiap majikan perlu memantau dan memastikan pemandu mereka mematuhi peraturan lalu lintas terutama had laju dan menggunakan lorong yang dibenarkan.
Selain itu, katanya, pemandu kenderaan berat juga perlu diberikan latihan secara berkala terutama bagi pemandu yang berprestasi rendah.
"Pemasangan sistem pengesan global (GPS) boleh digunakan pada kenderaan untuk memantau pergerakan pemandu lori atau treler," katanya ketika mengulas kes kemalangan membabitkan kenderaan berat.
Jumaat lepas, seorang pemandu treler berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas tuduhan memandu laju sehingga menyebabkan kematian enam sekeluarga berhampiran susur keluar Tanjung Malim, Perak, pada 2 April lepas.
Dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, enam sekeluarga, yang dalam perjalanan ke Bidor, Perak, untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka terbunuh selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) SsangYong yang dinaiki mereka dihempap treler itu. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017

Pemandu lori Ahmad Faizol Yaakop berkata tayar celup diperbuat daripada tayar lama dan hanya diperbaiki dengan menambah bahan getah supaya menjadi seakan-akan tayar yang baharu. Gambar fail

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

Tayar celup: kenderaan berat guna 'roda pembunuh'
Pemilik kenderaan berat dilihat gemar menggunakan tayar celup tanpa kelulusan SIRIM Berhad kerana ia lebih murah berbanding tayar pneumatik baharu yang boleh mencecah sehingga RM2,000 sebiji.

JPJ sasar 80,000 remaja peroleh lesen motosikal B2 My Lesen
JPJ menyasarkan kira-kira 80,000 remaja bakal memiliki lesen menunggang motosikal kelas B2 menerusi Program My Lesen tahun ini.