IPOH: Seorang pekerja kedai tayar maut selepas terkena plat besi tayar sebuah kren yang dipercayai terpelanting terkena kepalanya apabila tayar itu meletup di Menglembu, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi di sebuah pusat servis tayar kenderaan itu, K Kumaresa, 60, yang cedera parah maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menukar tayar kren berkenaan.
Menurutnya, ketika dalam proses terakhir, kedengaran bunyi letupan menyebabkan plat besi itu terpelanting terkena mukanya.
"Kejadian disaksikan oleh seorang pelanggan yang merupakan pemandu kren berkenaan.
"Saksi itu segera memanggil majikan mangsa untuk memaklumkan hal tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.
Menurut Yahaya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 22 2021

Yahaya berkata, saksi memaklumkan kedengaran bunyi letupan menyebabkan plat besi itu terpelanting terkena muka mangsa. - Gambar/ Astro AWANI

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Tayar kren meletup, pekerja bengkel maut terkena plat besi terpelanting
K Kumaresa, 60, yang cedera parah maut di tempat kejadian.

MotoGP: Marquez 'menangis' kembali menang di Jerman
Saingan di Sachsenring kali ini menyaksikan Marquez kembali menemui tunggangan terbaiknya bagi merekodkan 11 kemenangan berturut-turut.

MotoGP: Hafizh Syahrin diganggu masalah belakang
Dia kini memiliki masa singkat untuk mencari prestasi terbaik dan menyesuaikan diri dengan jentera sebelum aksi sulung musim 2021 di venue sama, pada 28 Mac ini.