SUBANG JAYA: Taylor’s University mengekalkan kedudukan secara konsisten selama empat tahun berturut-turut sebagai Universiti Swasta Terbaik di Asia Tenggara dalam QS World University Rankings 2024 baru-baru ini.
Universiti itu turut kekal dalam 300 Teratas global sekali gus mengukuhkan kedudukannya di kalangan satu peratus teratas universiti paling berpengaruh di seluruh dunia, seterusnya membuktikan komitmennya untuk menyediakan pengalaman akademik yang unggul.
Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor's University, Profesor Dr. Pradeep Nair berkata, reputasi yang luar biasa ini mencerminkan keupayaan Taylor’s untuk menarik kumpulan pelajar yang pelbagai dan berorientasikan global.
“Berada pada kedudukan universiti terbaik swasta Asia Tenggara merupakan pencapaian yang luar biasa untuk Taylor’s. Kami benar-benar berbangga dengan pencapaian ini yang menceritakan tentang sumbangan luar biasa fakulti, kakitangan dan pelajar kami.
“Kedudukan ini juga mencerminkan komitmen universiti yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan pendidikan cemerlang dan memastikan hanya kualiti terbaik yang kami tawarkan kepada para pelajar,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Pradeep, seiring dengan pencapaian pengiktirafan diperoleh Taylor’s, universiti tersebut sekali gus menarik minat prospek berpotensi bagi jalinan kerjasama dengan pelbagai universiti dan institusi-institusi lain.
“Reputasi kukuh kami mengesahkan kehebatan akademi universiti dan sumbangan terhadap penyelidikan, ia menjadikan Taylor’s sebagai pilihan menarik bagi prospek rakan kerjasama institusi.
“Keupayaan menarik individu yang mempunyai kredibiliti khusus turut mewujudkan kitaran yang positif di mana reputasi universiti dan rangkaian dikembangkan mampu memberi pengalaman pendidikan terbaik kepada para pelajar.
“Menerusi pendedahan kepada pemain industri berpengaruh, para pelajar mampu memperoleh peluang latihan industri, pementoran dan rangkaian dalam memperkasakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi kerjaya masa hadapan mampan,” ujarnya.
Tambah beliau, Taylor’s University sentiasa memastikan tawaran program akademi yang relevan, memberi impak serta seiring dengan permintaan dunia modern dengan cara terus menilai dan meningkatkan pedagogi sedia ada.
“Ia termasuk memperkasakan teknologi terkini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, memupuk budaya penyelidikan melebihi sempadan serta menjalinkan kerjasama industri yang kukuh dalam menyediakan pengalaman pekerjaan sebenar.
“Kami ingin bergerak lebih daripada sekadar menyediakan pendidikan konvensional, sebaliknya mahu memastikan pendidikan kami ini membantu para pelajar mempunyai tempat sebagai pemimpin dalam komuniti global,” jelasnya.
Taylor’s University tidak hanya ingin menjadi universiti terbaik dunia, sebaliknya turut mahu menjadi universiti kepada dunia.
Haikal Raman
Tue Jul 04 2023

Menurut Pradeep, reputasi yang luar biasa ini mencerminkan keupayaan Taylors University untuk menarik kumpulan pelajar yang pelbagai dan berorientasikan global. - Foto Taylor's University

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.