SEGAMAT: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata perkara berkenaan kini menjadi cabaran utama TDM memandangkan ada beberapa aset, terutamanya aset tempur telah berusia walaupun terdapat beberapa aset lain yang baharu.
Beliau berkata usaha memodenkan aset TDM perlu kerana aset tempur yang lama seperti kenderaan perisai memerlukan kos yang tinggi untuk proses selenggara selain agak terkebelakang dari segi teknologi serta pada masa yang sama pihaknya perlu mengimbangi aset baharu dan yang lama.
"Selain mendapatkan aset baharu, kita juga perlu mengekalkan operasi aset sedia ada dan kerjasama yang baik daripada pihak kerajaan perlu berterusan agar program memodenkan dan selenggaraan aset dapat berjalan lancar selain keperluan perolehan peruntukan tertentu.
"Saya juga ingin maklumkan kekuatan TDM kini berada pada tahap 80 peratus yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga secara puratanya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat di sini hari ini.
Berkenaan sambutan berkenaan, Muhammad Hafizuddeain berkata tema kali ini ialah "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" yang melibatkan 38 pegawai dan 1,244 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 6 detasmen perbarisan.
Perbarisan diketuai Lt Kol Mohd Shahrul Hamidon daripada Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja itu turut diserikan dengan peragaan 78 aset TDM.
"Antara aset TDM terlibat ialah kereta kebal utama PT-91 Pendekar, meriam 155mm, kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 'Lipan Bara', kereta perisai 'Gempita' dan Sistem Roket Lancar Berganda (MLRS) ASTROS 11.
"Pertunjukkan payung terjun aras tinggi oleh enam anggota Rejimen 11 Kor Grup Gerak Khas (GGK) selain lintas hormat udara oleh lima helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) turut dipertontonkan," katanya.
Pada sambutan itu, Muhammad Hafizuddeain turut menyampaikan Pisau Tentera Darat serta Penganugerahan Sijil Keberanian kepada Koperal Ronald Manchik yang menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Kem Terendak, Melaka pada 13 Okt 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Muhammad Hafizuddeain berkata tema kali ini ialah "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" yang melibatkan 38 pegawai dan 1,244 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 6 detasmen perbarisan. - Gambar Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

TDM sentiasa kerjasama dengan ATM, MINDEF untuk pemodenan aset
TDM akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan ATM dan MINDEF bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksanakan sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.

Helikopter PUTD terhempas, semua empat anggota tentera selamat
Helikopter terbabit sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat.