MELAKA: Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata festival bertemakan 'Warisan Kita, Kebanggaan Kita' itu dianjurkan sempena sambutan Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau berkata selain persembahan teater berkenaan pada 13 Julai, festival itu turut menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya dan warisan antaranya Perarakan Kebaya dan Busana Klasik di pekarangan bangunan Stadthuys pada 12 Julai serta 'Malakka Dutch Week' termasuk pameran berkaitan hubungan dua hala antara Melaka dan Belanda di Balai Seni Lukis Melaka selama seminggu bermula 13 Julai.
"Pelbagai persembahan seni, budaya dan warisan turut diketengahkan seperti tarian pelbagai etnik di Melaka, kompang, silat, wushu, dondang sayang, pantun, nazam dan pameran serta jualan produk kraf tangan.
"Acara kemuncak ialah Teater Hikayat Hang Tuah yang dijangka dihadiri 1,800 orang termasuk duta dari pelbagai negara dan kita juga menganggarkan Melaka Heritage Festival bakal menarik kehadiran hingga 70,000 pengunjung," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka serta 'Museum Heritage and Art Phonegraphy Competition' yang turut dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka Erne Hamsah di sini pada Ahad.
Zaidi berkata gambar berkaitan manuskrip dan artifak sejarah termasuk panji-panji berkaitan perang Selangor-Belanda melibatkan penjajah berkenaan dan Raja Haji di Teluk Ketapang yang terdapat di Muzium Marin di Belanda juga akan dipamerkan kepada pengunjung sempena pameran 'Malakka Dutch Week'.
"Kita akan mempamerkan gambar manuskrip dan artifak sejarah termasuk panji-panji berkenaan dahulu sebelum memohon kerjasama daripada kerajaan Belanda untuk membawa barangan berkenaan balik ke Melaka pada November hadapan," katanya.
Terdahulu, beliau berkata Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka serta 'Museum Heritage and Art Phonegraphy Competition' selama sehari itu merupakan platform kepada peserta terutama golongan muda menghargai peninggalan sejarah dan warisan yang berada di sekitar tapak UNESCO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Zaidi (dua, kiri) bersama pemenang tempat pertama 'Museum Heritage and Art Phonegraphy Competition Siti Asurah (dua, kanan) pada Penutup dan Penyampaian Hadiah Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka pada Ahad. - Foto BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.