GEORGE TOWN: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) kerana ia tidak akan mengambil alih peranan manusia dalam sektor pekerjaan di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata teknologi itu sebaliknya akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi dan terkini.
''Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak melihat teknologi seperti AI akan mengambil alih atau menggantikan manusia dari segi pekerjaan, tetapi pekerjaan yang akan datang atau masa depan perlukan set kemahiran baharu, maka kita perlu ada kapasiti latihan yang baharu.
"Ia juga akan mewujudkan keperluan untuk pekerja berkemahiran tinggi kerana kita memerlukan orang untuk menguruskan sistem penyelenggaraan AI, IoT (Internet Benda) dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian STEM Showcase 2023 di Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
Chang berkata negara pada masa ini memberi tumpuan kepada sukatan pelajaran yang baharu merangkumi teknologi AI, pengekodan dan robotik dengan MOSTI sedang bekerjsama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Sebab itu MOSTI memberi tumpuan untuk memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi akan datang sebagai pekerja berkemahiran tinggi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Penang Tech Dome untuk meneruskan peranannya dalam mempromosikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Terdahulu, dalam ucapannya, Chang berkata MOSTI menyasarkan seramai 1.7 juta pengunjung terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadiri dan menyertai Karnival Minggu Sains Negara 2023 yang dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara.
Beliau berkata pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai kerana setiap aktiviti yang diadakan menggunakan kaedah praktikal yang melibatkan pengamal serta pakar sains dan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Chang Lih Kang berkata teknologi itu sebaliknya mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi dan terkini. - Gambar fail

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).

APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.

Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari
Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit.

Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI
Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.

Mindef sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.

Malaysia pertimbang, kaji penggunaan teknologi AI dalam sektor pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor ketenteraan bagi menguatkan lagi keupayaan pertahanan Malaysia.

Fahmi saran organisasi media manfaat sepenuhnya teknologi AI
Fahmi berkata ketika ini, banyak hasil AI terutama AI Generatif (GenAI) dapat disiarkan dalam format audio visual.