KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga kerja manusia, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.
Beliau berkata ketika ini, penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan dan mengoperasikan AI sedang dilaksanakan kerajaan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin mengetahui langkah kerajaan dari segi dasar untuk memanfaatkan AI pada masa sama mengurangkan kesan kehilangan pekerjaan, pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Mustapha berkata selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga telah membangunkan 182 standard kemahiran pekerjaan kebangsaan berkaitan bidang digital yang boleh menjadi rujukan kepada semua penyedia latihan terutamanya Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam melatih bakat mahir negara dalam bidang berkaitan digital.
"Antara bidang ialah pengaturcaraan dan penyiaran serta aktiviti penerbitan dan telekomunikasi. KSM (Kementerian Sumber Manusia) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) juga dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET yang turut menyumbang kepada penyediaan pekerja berkemahiran dalam bidang digital serta kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dan infrastruktur makmal keselamatan siber di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
"Selain itu, turut diadakan ialah program latihan kepada tenaga pengajar dan persijilan profesional kepada tenaga pengajar institusi JTM dalam bidang keselamatan siber," katanya.
Beliau berkata bagi meningkatkan penyertaan belia dalam bidang digital, JPK juga mengadakan pertandingan kemahiran antarabangsa dan pertandingan kemahiran peringkat belia setiap tahun melibatkan penyertaan 1,300 belia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Mustapha berkata ketika ini, penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan dan mengoperasikan AI sedang dilaksanakan kerajaan. - Gambar/ FB Mustapha Sakmud

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Teknologi AI tidak kurangkan peluang pekerjaan - Timbalan menteri
Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga kerja manusia, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.