Penggunaan teknologi dron bagi melancarkan kerja semburan racun dan baja cecair di sawah padi, kini semakin popular di Kelantan sekali gus menggalakkan golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian dan usahawan.
Perintis penggunaan dron di Kelantan, Noor Hanif Noordin, 33, berkata sejak diperkenalkan di Kelantan hujung Mac lepas, rata-rata petani mula berminat untuk menggunakan khidmat dron yang diusahakan beliau bersama sebuah syarikat Ikhwan Afif Resources (IAR) yang berpangkalan di Lumut, Perak.
Katanya, idea penggunaan dron bagi melakukan kerja-kerja sawah tercetus selepas beliau gagal mencari orang untuk melakukan semburan racun dan baja di tanah sawah milik mentuanya di Endau, Johor.
"Saya mulakan khidmat dengan membeli dua unit dron bernilai RM70, 000 yang dipasang sendiri di bawah kendalian syarikat IAR” katanya ketika ditemui semasa melakukan kerja-kerja menyembur racun dan baja di Bendang Jelor di sini, baru-baru ini.
Menurut Noor Hanif, teknologi dron semakin sohor kini dalam kalangan petani di sekitar daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat bagi melancarkan operasi menyembur racun dan baja di sawah padi.
Noor Hanif yang juga Pegawai Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata beliau dibantu oleh empat pekerja berkemahiran menerbangkan dron dan mempunyai lesen Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta mampu meraih pendapatan sampingan sehingga RM7,000 sebulan.
Katanya, melalui penggunaan teknologi dron, semburan racun atau baja akan lebih menyeluruh dan cepat kerana bagi sawah keluasan 0.4 hektar, sebanyak 15 liter baja atau racun dapat dilaksanakan.
“Bagi keluasan sawah seluas 0.4 hektar, kerja penyemburan memerlukan anggaran tujuh minit berbanding cara konvensional iaitu antara sejam hingga dua jam,” katanya menambah kaedah penggunaan dron dapat mengoptimumkan rawatan tanaman, sekali gus meningkatkan kualiti pengeluaran padi dan mengurangkan kos serta tenaga.
Sebelum ini, katanya syarikatnya iaitu IAR Pantai Timur Enterprise, mampu melakukan semburan sehingga lapan hektar sawah dengan upah RM30 bagi setiap 0.4 hektar sehari. Namun kini permintaan telah meningkat sehingga 24 hektar sehari.
Mengulas cabaran mengendalikan dron, Noor Hanif berkata, faktor cuaca, memainkan peranan penting ketika menerbangkan dron yang beratnya boleh mencecah sehingga 56 kilogram dengan bebanan, selain perlu mengawal ketinggiannya agar semburan racun dapat benar-benar menghapuskan penyakit dan serangan ulat padi.
“Dron tidak dapat diterbangan dalam cuaca hujan atau angin kuat. Jadi, prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai topeng muka dan sarung tangan perlu sentiasa dipatuhi, selain mengikuti garis panduan Jabatan Pertanian Negeri," katanya yang berasal dari Kampung Sri Kulim Melor, Kota Bharu, dekat sini.
Katanya, teknologi dron dalam melakukan kerja-kerja sawah akan diperluaskan ke seluruh Kelantan dan Pahang, jika mendapat permintaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Noor Hanif (kiri) bersama pekerjanya menerbangkan dron bagi kerja-kerja menyembur racun untuk tanaman padi di Bendang Jelor, Pasir Puteh, 14 Julai, 2020. -- fotoBERNAMA
Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.
Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme - PM Anwar
Meskipun Malaysia berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Malaysia-Uzbekistan jalin kerjasama berkaitan beras, hortikultur, baja
Agenda perbincangan juga menjurus kepada prospek akses pasaran baharu produk pertanian.
Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.
Harga baja, racun naik, kerajaan berusaha cari penyelesaian terbaik
MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun.
Kenaikan harga baja dan racun: K'jaan bantu kurangkan beban pesawah, petani - PM
Kementerian Kewangan diarah menyelesaikan perkara itu bagi memastikan harga dikurangkan dan bantuan disediakan bagi mengurangkan beban petani.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.