KUALA LUMPUR: Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, di sini, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut ekoran suspek memulangkan semula barang tersebut kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada Rabu menerima satu laporan berhubung perkara itu.
Dalam kejadian terbabit katanya, mangsa yang bekerja di kedai berkenaan didatangi seorang lelaki berpakaian serba hitam untuk melihat iPhone berwarna perak tersebut yang kemudian bersetuju membeli telefon bimbit itu.
"Mangsa meminta supaya suspek menulis butiran di atas resit pembayaran, namun secara tiba-tiba suspek telah bertindak mengambil telefon bimbit tersebut yang berada di atas meja lalu melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa telah menarik semula aduan yang dilaporkan pada Khamis kerana telefon bimbit tersebut telah dikembalikan oleh orang awam.
"Pengadu telah menyelesaikan kes ini secara baik bersama suspek tersebut. Kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter yang memaparkan kejadian kecurian tersebut.
Video berdurasi 39 saat yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan dengan jelas perbuatan suspek itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 21 2023

Rakaman video tular mengenai kes kecurian telefon bimbit iPhone di sebuah kedai di Wangsa Maju. - Sinar Harian
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis
Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Pencuri tetak kepala pengawal keselamatan, larikan 70 iPhone
Seorang pengawal keselamatan ditetak di kepala dalam kejadian samun kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong, di sini, awal pagi tadi.