SHAH ALAM: Kawalan sempadan melibatkan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkatkan bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pemantauan dipertingkatkan dengan koordinasi bersama pihak Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Susulan kejadian itu kita telah menggerakkan serta menambahkan keanggotaan bagi memantau beberapa kawasan terutamanya berdekatan sempadan di negeri ini.
"Selain itu, beberapa sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan di kawasan berkaitan, selain kerjasama dengan pihak PGA bagi memastikan suspek tidak bolos," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan setakat ini tidak mengesan sebarang individu mencurigakan.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Zarawi, 38, agar bekerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.
Jelas beliau, semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen negeri terdekat dan bersempadan dengan negara jiran telah digerakkan bagi mengesan suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum mengenai seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA di sini.
Mangsa yang dilaporkan ditembak di bahagian perut itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 14 2024

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pemantauan dipertingkatkan dengan koordinasi bersama pihak Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA). - Foto Sinar Harian

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.

Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga
Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri.

Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.

Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos
Kawalan sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkat bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di KLIA melarikan diri ke negara jiran.