KUALA KRAI: Menggunakan teknik cubit dan picit, teknik lingkaran dan teknik cantuman serta keunikan tanah liat yang mempunyai kilauan seperti bintik-bintik emas, membuatkan tembikar Mambong masih mendapat permintaan tinggi penggemarnya walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.
Dikenali sebagai tembikar Mambong kerana berasal dari Kampung Mambong, di sini, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuala Krai dan perlu menggunakan bot untuk ke perkampungan terpencil itu bagi melihat sendiri hasil seni proses pembuatan produk berkenaan.
Pengusaha tembikar Mambong, Zainab Hussin, 72, berkata, tembikar yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri kerana tanah liat perlu dibentuk dan dibakar terlebih dahulu bagi mengekalkan rupa bentuk selain memastikan ia kukuh dan kalis air.
"Saya mempelajari seni kraf ini daripada bapa mentua kira-kira 50 tahun lepas dengan menggunakan teknik tradisional selain menggunakan batu sungai dan beberapa alat buatan daripada buluh untuk menghias tembikar.
"Harga sebiji tembikar berbeza-beza mengikut jenis dan saiz sekitar RM30 hingga RM100 dan boleh mencecah RM400 sekiranya membeli lima set pelbagai jenis tembikar," katanya ketika ditemui Bernama di bengkel mini miliknya di Kampung Mambong, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Halimah Said, 68, yang juga pembuat tembikar berkata tembikar hasil buatan tangan lebih menarik kerana mempunyai nilai seni tersendiri dan berkualiti.
"Tanah liat yang digunakan diambil dari Kampung Bahagia terletak dua kilometer dari Kampung Mambong. Saya pernah mencuba membuat tembikar menggunakan tanah liat dari tempat lain, namun hasilnya tidak elok kerana mudah pecah dan kurang berkualiti.
"Selain tembikar, barangan lain yang menggunakan bahan daripada tanah liat adalah teko, kendi, alat pengukus kuih, belanga dan tempat membakar kemenyan," katanya.
Sementara itu, jurupandu Stong Geopark Dabong, Kuala Krai dan Jeli, Mohd Rafizi Abdullah berkata, seni kraf pembuatan tembikar secara tradisional di Kampung Mambong seharusnya dipelihara kerana mempunyai nilai estetik yang begitu tinggi.
Beliau berkata, pihak berkuasa khususnya kerajaan negeri perlu menambah baik perkampungan itu seperti tempat pendaratan bot yang lebih sesuai bagi memudahkan pelancong berkunjung ke kawasan berkenaan serta menyediakan kemudahan awam untuk menarik lebih ramai pengunjung.
"Selain itu, kerajaan negeri juga boleh mewujudkan satu kawasan atau pusat seni kraf berdekatan pinggir Sungai Kelantan yang berdekatan dengan Kampung Mambong untuk penduduk menjual produk-produk yang dihasilkan seperti tembikar, tikar mengkuang dan sebagainya bagi menjana pendapatan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Zainab berkata, tembikar yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri kerana tanah liat perlu dibentuk dan dibakar terlebih dahulu bagi mengekalkan rupa bentuk selain memastikan ia kukuh dan kalis air. - Gambar Bernama
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Tembikar Mambong masih diminati walaupun berusia lebih 100 tahun
Keunikan tanah liat yang mempunyai kilauan seperti bintik-bintik emas membuatkan tembikar Mambong masih mendapat permintaan tinggi penggemarnya walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.