KOTA KINABALU: Proses tempahan dan bayaran mendaki ke Gunung Kinabalu akan menjadi lebih mudah pada masa depan, berikutan Taman-Taman Sabah (TTS) sedang membangunkan sistem tempahan dan permit secara dalam talian.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata melalui sistem yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat itu, para pendaki boleh berurusan secara terus tanpa perlu melalui ejen seperti sebelum ini.
"Saya berharap lebih ramai penggemar aktiviti lasak berpeluang membuat tempahan dengan lebih mudah dan peluang mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu akan lebih terbuka dan adil," katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan TTS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi.
Jafry berkata sistem tempahan itu sedang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan yang telah diamanahkan TTS dalam usaha meningkatkan perkhidmatan TTS kepada pelancong tempatan mahupun luar negara.
Selain itu kemudahan tempahan secara dalam talian untuk masuk ke kawasan fasiliti di TTS juga akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
Dalam pada itu, Jafry berkata setakat ini dua syarikat pelancongan telah mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti gelembung perjalanan bagi membawa pelancong ke kawasan tertentu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.
Pada majlis itu, Jafry menyampaikan beberapa anugerah kepada kakitangan TTS antaranya Anugerah Khas Pengarah bagi 2019, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan 2020, Anugerah Khidmat Setia 35 tahun pada 2020, Anugerah Khas Pengarah bagi 2020 dan Anugerah Pesara 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Para pendaki boleh berurusan secara terus tanpa perlu melalui ejen seperti sebelum ini. - Foto fail
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
Kartina terbit dua aplikasi mudah alih pada ketinggian 4,095 meter
Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah telah berjaya diterbitkan ke Google Play Store dan Apple App Store.
Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu
Penghidap penyakit jantung Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan, menawan Gunung Kinabalu.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.