KUALA LUMPUR: Tempat duduk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah diubah ke Blok Bebas, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Beliau berkata perubahan kedudukan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas mendapat permohonan daripada Ahli Parlimen UMNO itu.
"Tempat duduk (Tengku Razaleigh) sebenarnya telah ditetapkan oleh Speaker di sebelah belakang iaitu blok yang bebas," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan pelitup muka daripada syarikat Obor International Sdn Bhd yang digunakan atlet Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.
Mohd Rashid berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 2(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan beliau menetapkan kerusi bagi tiap-tiap ahli dan bolehlah diubah ketetapan itu dari masa ke masa sebagaimana yang difikirkan wajar.
Tengku Razaleigh dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar bertarikh 26 Julai memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran Blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat
Terdahulu, Mohd Rashid menerima 300 pelitup muka daripada Pengarah Obor International yang juga bekas atlet gimnas kebangsaan Kau Git Kaur untuk diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen, kakitangan dan pengamal media di bangunan Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
![Tempat duduk Ku Li di Dewan Rakyat diubah ke Blok Bebas Tempat duduk Ku Li di Dewan Rakyat diubah ke Blok Bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627463663_kuli.jpg)
Tengku Razaleigh dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar bertarikh 26 Julai memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran Blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini. - Sumber Jabatan Penerangan Malaysia
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723631241_TBTengkuRazaleigh.jpg)
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
![BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723624126_TengkuRazaleighHam.jpg)
BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.
![BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722661781_ZahidHamidi.jpg)
BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid
BN akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen PRK.
![DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722069737_UMNO.jpg)
DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di PRK Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi.
![PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679274580_TBTENGKURAZALEIGH.jpg)
PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda
Tengku Razaleigh berkata keputusan itu dilakukan berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5 peratus.
![‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li ‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720772819_TengkuRazaleigh.jpg)
‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.
![PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719655040_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
![Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716272491_TengkuRazaleigh.jpg)
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
![Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711755979_TBkuli.jpg)
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
![Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.