Ringkasan AI
- Tempoh lantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.
- Asyraf Wajdi menerima watikah lantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan kepentingan MARA bagi orang Melayu dan bumiputera.
- Asyraf Wajdi berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur dan amanah, memohon doa agar dipermudahkan dalam melaksanakan amanah bangsa dan agama.
Asyraf Wajdi dalam hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan, beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.
Beliau berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu.
"Insya-Allah, tanggungjawab yang digalas ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak.
"Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini," katanya.
Asyraf Wajdi, yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)