KUALA LUMPUR: Penggunaan tenaga solar di negara ini perlu diperluas segera memandangkan ia berpotensi menjadi antara sumber terpenting untuk tenaga elektrik, menurut seorang pakar.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Shahino Mah Abdullah berkata pada masa ini, jumlah peratusan tenaga yang dijana dengan solar masih rendah walaupun Malaysia mempunyai kelebihan dalam menerima jumlah cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun.
"Terdapat banyak lagi ruang untuk Malaysia memperluas loji tenaga suria bagi memastikan ia menjadi sumber tenaga utama negara. Sumber tenaga solar bukan sahaja bersih, ia adalah sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh diterima secara percuma terus daripada matahari.
"Sektor pembuatan panel solar yang semakin rancak kini telah berjaya menurunkan harga panel solar ke paras terendah dan disokong dengan pelbagai insentif bagi menggalakkan pemasangan sistem tenaga ini baik untuk individu mahupun syarikat swasta dan kerajaan," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas mengenai pelarasan tarif elektrik pada tahun hadapan yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT), satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), bagi membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.
Pada masa sama, Shahino berkata tenaga solar bukan sesuatu yang asing di Malaysia kerana terdapat banyak loji tenaga solar yang telah dibangunkan oleh syarikat tempatan termasuk Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai pembekal tenaga elektrik utama di negara ini.
Beliau berkata rata-rata rakyat Malaysia juga berminat dengan sumber tenaga bersih itu, namun ia tidak mudah untuk individu berpendapatan sederhana dan rendah kerana melibatkan kesesuaian kediaman bagi pemasangan sistem berkenaan serta kos permulaan yang tinggi.
Bagaimanapun, katanya bagi individu yang berkemampuan dan berminat untuk pemasangan sistem tenaga solar, Program Net Energy Metering (NEM) adalah satu daripada pilihan terbaik untuk mereka.
"Melalui program ini, lebihan tenaga solar yang dijana di rumah dengan panel solar akan disalurkan semula ke grid dan ia akan menjimatkan bil eletrik bulanan. Dengan permintaan tenaga elektrik yang meningkat saban tahun, langkah ini membantu pembekal tenaga elektrik memenuhi keperluan tenaga negara.
"... ini sekali gus akan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang memberi impak negatif kepada alam sekitar dan membantu negara dalam mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Jasrul Jamani Jamian berkata pemasangan panel solar fotovoltan (PV) dapat mengurangkan penggunaan tenaga daripada TNB sekali gus pengguna tidak akan terkesan dengan sebarang bentuk nilai ICPT.
"Bagaimanapun, pengguna perlukan dana permulaan yang agak tinggi bagi pemasangan solar PV ini dan jika dibandingkan dengan 10 tahun dahulu, harga solar PV hari ini adalah jauh lebih rendah. Sebagai contoh, 10 kilowatt peak (kWp) pada 10 tahun lepas adalah kira-kira RM140,000, kini harganya RM40,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Menurut Shahino, rakyat Malaysia berminat dengan penggunaan tenaga solar yang merupakan sumber tenaga bersih, namun ia tidak mudah untuk individu berpendapatan sederhana dan rendah. - Gambar fail/BERNAMA
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma