Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Tengku Maimun dan Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran 'Tan Sri', manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.
Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad Datuk R. Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad Datuk Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad Datuk Tan Boon Hock.
Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan Ravinthran N. Paramaguru.
Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Mohd Gazali Abas.
Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya Datuk N. Ganesh.
Di samping itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.
Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.
Antara penerima PJN yang lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group Low Gee Teong.
Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged Jeneral S. Suriakala.
Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.
Sementara itu, antara 'orang kuat' barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.
Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima Pang Chinn Fei serta personaliti TV Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).
Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), 328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
![Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597627963_SriTengkuMaimunTu.jpg)
Arshad dan Tengku Maimun dikurniakan darjah kebesaran SSM yang membawa gelaran 'Tun' hari ini. - Gambar fail
AWANI Tonight: Hundreds of foreigners freed from scam centres in Myanmar
Over 250 people from 20 countries, who had been working in online scam centers in Myanmar, have been freed by an ethnic armed group and brought to Thailand. Authorities are determining if they were human trafficking victims.
AWANI Tonight: 2024: Deadliest year for journalists, Israel linked to 70% cases
In 2024, a record 124 journalists were killed across 18 countries, with nearly 70% of the deaths attributed to Israel, according to the Committee to Protect Journalists (CPJ).
AWANI Tonight: Government to amend Peaceful Assembly Act
The government will amend the Peaceful Assembly Act to facilitate groups intending to hold peaceful rallies where consent will no longer be needed from site owners, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738013134_Deepseeklogo.jpg)
DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.
AWANI 7:45 [13/2/2025] – Lima beranak maut dalam kebakaran| Harga lantai padi diselaras| FB lubuk iklan judi| Apa sudah jadi?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Ibu, empat anak rentung dalam tragedi kebakaran
-Harga lantai padi diselaras RM1,500 per tan metrik, bantu pesawah
-Facebook jadi lubuk iklan judi, lebih 200,000 kandungan diturunkan
-Lebih 8,000 calon SPM tidak hadir jawab kertas bertulis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Ibu, empat anak rentung dalam tragedi kebakaran
-Harga lantai padi diselaras RM1,500 per tan metrik, bantu pesawah
-Facebook jadi lubuk iklan judi, lebih 200,000 kandungan diturunkan
-Lebih 8,000 calon SPM tidak hadir jawab kertas bertulis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Consider This: e-Waste (Part 2) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Mohamed Tarek El-Fatatry, Founder & Director, ERTH (Electronic Recycling Through Heroes).
Consider This: e-Waste (Part 1) — Malaysia’s Silent Environmental Emergency
In our digital age, the latest smartphones, laptops, and gadgets are just a click away. But what happens when we upgrade? This year, Malaysia is expected to generate 24.5 million units of electronic waste—a hidden cost of our tech-driven lives. Much of this e-waste ends up in landfills, releasing hazardous materials that poison our environment and communities. So on today’s episode, we’ll take a closer look at Malaysia’s growing e-waste crisis and the efforts to address it. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Mohd Zain Hassan, Director of Eco Risk Digital Management Sdn Bhd. He recently retired as the CEO of Malaysia’s largest solid waste management company.
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715753934_TBANWARDOHA.jpg)
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
![Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17 Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668926124_TBISTANANEGARA.jpg)
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679276636_TBAGONGPOLIS.jpg)
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
![Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631696431_TanSriLeeLamThye.jpg)
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
![Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669259110_PejabatDSAI.jpg)
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
![Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666805694_Agong.jpg)
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
![Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611571983_PeguamMohamedHanif.jpg)
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
![Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663498730_TBMASLAN.jpg)
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
![Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661335911_TBMEMOjpg.jpg)
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
![Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654213420_YangdiPertuanAgon.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.