SEPANG: Seorang anggota tentera maut apabila trak yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat tayar pecah dalam kejadian di Kilometer 42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada Selasa.
Trak tersebut difahamkan berada pada barisan kedua bersama beberapa kenderaan tentera lain dalam konvoi dari Kem Rasah, Seremban menghala ke Subang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan konvoi trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera.
"Siasatan mendapati kereta tersebut dipandu di lorong tengah telah hilang kawalan akibat tayar pecah lalu melanggar sebuah trak tentera.
"Trak tentera itu kemudiannya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik di laluan bertentangan," katanya.
"Kesemua mangsa terlibat berumur antara 20 hingga 30-an itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan.
"Polis kemudiannya dimaklumkan salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.50 malam ketika menerima rawatan di Zon Kritikal HTJS," katanya.
Menurutnya, pemandu dan tiga lagi penumpang Nissan Almera tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan dijalankan melibatkan pelbagai aspek bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 26 2023

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan konvoi trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera. - Gambar/ Sinar Harian

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.

Tentera maut, trak dirempuh kereta terbabas
Seorang anggota tentera maut apabila trak yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat tayar pecah dalam kejadian di Kilometer 42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).