SUNGAI PETANI: Laungan azan di tengah padang pasir pada jam 3.30 pagi secara tiba-tiba bergema di telinganya semasa bertugas sebagai anggota pasukan tentera di Bosnia tujuh tahun lalu.
Bekas juara dart dunia dari Jepun, Ryusei Nemoto, 44, berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.
Menceritakan pengalaman itu, Ryusei yang kini menggunakan nama Islam Mohamed Khidir pada mulanya terkejut dengan suara yang didengar dalam suasana sunyi pagi itu, lantas beliau bertanyakan rakan sepasukan sekiranya bunyi itu dari komputer riba atau radio, namun rakannya memberitahu tidak mendengarnya.
Beberapa tahun selepas itu, lelaki itu pergi ke Jakarta sekali lagi untuk menghadiri majlis reunion bersama rakan sekolej.
“Ketika sedang berbual, saya sekali lagi terdengar suara azan. Saya tertanya-tanya maksud suara itu dan nekad mencari jawapan kerana setiap kali terdengar bunyi tersebut, hati menjadi tenang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ryusei berkata, beliau mula mengembara ke wilayah dan seluruh kampung termasuk ke Aceh, Lampung dan Jawa Timur serta singgah di masjid semata-mata mahu mendengar azan dan menyelidik perkara itu.
Menurutnya, lapan bulan berada di Indonesia, beliau menjelajah ke beberapa lokasi lain untuk mencari jawapan yang beliau sendiri tidak pasti.
Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Ryusei mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.
UJIAN HEBAT
Ryusei yang fasih berbahasa Melayu berkata, niat memeluk Islam timbul ketika berada di Singapura beberapa tahun selepas kejadian itu.
Bermula saat tersebut, beliau mula mengubah cara hidup dan penampilan sebagai seorang Muslim.
Tatkala terdetik hati menerima Islam, Ryusei kemudian diuji apabila seorang demi seorang insan yang dicintai pergi buat selama-lamanya.
“Dua minggu selepas datuk meninggal dunia, nenek pula ‘pergi᾿. Saya kemudian diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapa, bapa saudara dan adik perempuan kembar saya maut apabila pesawat dinaiki terhempas ketika dalam penerbangan ke Hawaii. Hati saya sedih dan pilu.
“Bagaimanapun, saya memujuk hati dan mencari kebenaran yang akhirnya mendapat jawapan, sesungguhnya manusia tidak boleh kekal di dunia ini melainkan hanya Dia Yang Maha Kuasa,” luahnya.
SENDIRIAN DI MAKKAH
Disebabkan rasa membuak-buak ingin mendalami Islam, Ryusei nekad berkunjung ke Makkah.
Ketika tiba di tanah suci itu, beliau terpegun melihat ketekunan umat Islam mengejar pahala berbuat kebaikan, mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Ryusei meluangkan masa bersama keluarga angkat di Malaysia.
Beliau akhirnya nekad dan yakin dengan ajaran Islam sekali gus membuat keputusan ingin mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.
Atas sokongan keluarga angkat di negara ini, akhirnya beliau mengucap syahadah secara rasmi di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah pada 23 Mac lalu menggunakan nama Mohamed Khidir Hakim.
Ryusei yang mempunyai kepakaran profesional dalam pelbagai bidang ingin memulakan hidup baharu dengan diari kehidupan yang lebih bermakna.
Ryusei yang pernah dinobatkan juara dart dunia kini nekad meninggalkan segala-galanya untuk menumpukan kepada pembelajaran agama.
Aktif 19 tahun dalam sukan dart, beliau tidak mahu pengalamannya dalam beberapa kejuaraan terkubur, malah berhasrat menjadikan permainan itu diterima masyarakat Malaysia sebagai salah satu aktiviti keluarga tanpa dipengaruhi budaya songsang barat.
Sinar Harian
Mon Apr 12 2021

Ryusei atau nama Islamnya Mohamed Khidir kini lebih tenang dengan cara hidup baharu yang dilaluinya. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dah azan atau belum? Muat turun aplikasi Astro AWANI, kini ada notifikasi masuk waktu solat
Apabila memasuki Ramadan, sudah tentu kita akan menunggu tibanya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.

COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"
Kedengaran suara seorang bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).

Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.

Video laungan azan oleh golongan OKU dapat perhatian pengguna media sosial
Azan adalah amalan yang dikerjakan oleh umat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.