Kerajaan Negeri Terengganu menjangkakan industri pelancongan di negeri itu akan pulih secara berperingkat dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman, ia antara sektor kedua terpenting di negeri yang kaya dengan produk pelancongan itu.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu memberi kesan besar membabitkan pelbagai industri termasuk perhotelan dan sebagainya.
“Sebagaimana yang kita ketahui, industri yang paling terkesan atau antara paling terkesan adalah pelancongan.
“Jadi, apabila kerajaan tidak membenarkan rentas negeri, ia terus jatuh sehingga pendapatannya mencapai angka sifar.
"Ada setengah pemilik penginapan, persatuan menyelam dan pemain industri yang terpaksa mengurangkan pekerja mereka,” katanya.
Beliau berkata, penggiat industri pelancongan juga terpaksa menanggung kira-kira 30 hingga 40 peratus kerugian selepas tidak menerima pelancong selama hampir tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, kata Ariffin, kebenaran rentas negeri yang diumumkan melegakan penggiat industri pelancongan.
Selain itu, tempahan hotel dan penginapan juga meningkat secara mendadak selepas kebenaran itu diberikan.
Ariffin turut menjangkakan ia akan terus meningkat pada hujung minggu ini.
Nur Fazlizai Ali
Thu Jun 11 2020

Penggiat industri pelancongan di Terengganu terpaksa menanggung kira-kira 30 hingga 40 peratus kerugian selepas tidak menerima pelancong selama hampir tiga bulan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelajar tahfiz lemas ketika mandi sungai
Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi lemas manakala rakannya yang lain berjaya diselamatkan orang awam.

Terengganu lancar COE2023 rancakkan sektor pelancongan
Kerajaan negeri menyusun pelbagai program menarik sepanjang tahun ini untuk menggalak serta merancakkan lagi sektor pelancongan.

Terengganu adakan PRN pada Mac atau Mei
Ariffin berkata, tarikh sebenar pembubaran DUN belum diputuskan namun beberapa perbincangan sudah diadakan.

Pas Terengganu sedia jika PRN diadakan lebih awal
PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.

Bersatu dijangka bertanding di Parlimen Hulu Terengganu
Katanya, setakat ini tidak timbul masalah pembahagian kerusi di Terengganu kerana parti-parti komponen PN mempunyai kerjasama yang baik.

Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu
Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan.

Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.

Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.

Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Program Candat Sotong Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.

JENDELA rancakkan industri pelancongan, kegiatan sosioekonomi di Terengganu
Pada tahun ini, sebanyak 81 menara telekomunikasi telah berjaya dinaik taraf, termasuk 26 menara di Hulu Terengganu.