KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan arahan larangan penyampaian kuliah agama, ceramah dan penganjuran aktiviti berunsur politik oleh ahli politik di semua masjid dan surau di Terengganu.
Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata larangan itu termasuk melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.
Beliau berkata masjid dan surau adalah institusi agama yang sangat mulia dan menjadi lambang penyatuan umat Islam, oleh itu ia tidak boleh disalah guna untuk tujuan politik yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat.
"Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita dengan situasi penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.
"Baginda ingin masjid dan surau berfungsi dengan baik, memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan tidak dicemari unsur politik ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain larangan kuliah, ceramah dan aktiviti berunsur politik, Shaikh Harun berkata semua ADUN, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga tidak dibenarkan menjadi imam dan khatib di masjid dan surau di negeri ini.
Malah katanya semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan penceramah, pengkuliah, tenaga pengajar serta khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah atau kelulusan yang dikeluarkan oleh MAIDAM.
"Semua kepimpinan dan aktivis parti politik juga tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama dalam negeri Terengganu kecuali pemegang tauliah atau dengan kebenaran MAIDAM.
Mana-mana program keagamaan yang dianjurkan agensi kerajaan, badan berkanun, anak-anak syarikat negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di bangunan agensi atau tempat awam hendaklah memastikan penceramah, pengkuliah atau ahli panel dalam atau luar negeri yang dijemput mempunyai kelulusan daripada MAIDAM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan arahan larangan penyampaian kuliah agama, ceramah dan penganjuran aktiviti berunsur politik oleh ahli politik di semua masjid dan surau di Terengganu. - Gambar hiasan/BERNAMA

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.

Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.

Dilarang tampal poster politik di pagar masjid, surau di Terengganu
Masjid dan surau di Terengganu diingatkan supaya memastikan tiada sebarang program berunsur politik termasuk menampal poster berkaitan parti tertentu di premis itu sepanjang PRN.

MAIDAM peruntuk zakat pendidikan RM68.1 juta
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan Terengganu bagi tahun ini.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.

Ahli politik ingin mengajar di masjid, surau Terengganu disaran mohon tauliah
Ahli politik Pas Terengganu disaran memohon surat tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid serta surau di negeri ini.

Terengganu larang program unsur politik di masjid, surau
Larangan itu termasuk melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco
Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.