KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu dijangka turut menerima tempias susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan itu dilihat memberi impak negatif kepada sistem perundangan syariah bukan sahaja di Kelantan malah melibatkan seluruh negara termasuk Terengganu.
"Sekiranya ada kes liwat di Terengganu dan pelaku didakwa di Mahkamah Syariah Terengganu, pelaku boleh merujuk kepada keputusan kes Nik Elin (Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid) bagi mengelak hukuman sekali gus membatalkan undang-undang sama di Terengganu walaupun undang-undang terbabit telah dipersetujui dan mendapat perkenan Tuanku Sultan di negeri masing-masing.
"Sekiranya semua ini berterusan, kita juga bakal menyaksikan Mahkamah Syariah hanya gah pada nama tetapi tiada kuasa untuk menegakkan hukum Islam di negara ini.
"Itulah kesan daripada keputusan kes hari ini yang seharusnya diinsafi seluruh umat Islam tanpa mengira ideologi politik," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan digesa supaya lebih serius mengkaji pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi kedaulatan undang-undang Syariah.
"Sekarang bukan lagi masa untuk bersikap acuh tak acuh seperti sebelum ini walaupun banyak nasihat dan amaran sudah diberikan oleh pelbagai pihak.
"Ahli-ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam sebagai anggota badan legislatif juga perlu menyokong usaha dalam mempertahankan sistem perundangan Islam di negara ini.
"Langkah itu perlu bagi memperkasakan sistem kehakiman syariah agar sebarang tuntutan atau petisyen terhadap bidang berkenaan dapat dipatahkan," ujarnya.
Mahkamah Persekutuan pada Jumaat mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.
Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.
Kedua-dua pempetisyen memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan DUN terbabit bertindak melangkaui bidang kuasanya.
Bagaimanapun panel memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan adalah sah.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024

Muhammad Khalil berkata, keputusan itu dilihat memberi impak negatif kepada sistem perundangan syariah bukan sahaja di Kelantan malah melibatkan seluruh negara termasuk Terengganu. - Foto Bernama

PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Jack Ma buat kemunculan semula, jadi pemacu China?
Jack Ma kembali ke pentas korporat selepas bertahun-tahun menjauhi perhatian umum, menandakan pemulihan hubungannya dengan Beijing. Kemunculannya dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping memberi isyarat penting kepada sektor swasta China yang kini diharap membantu pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Kes Nik Elin: Bukan ‘Black Friday’, UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah - Mohamad Hasan
UMNO menyokong segala usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk jika perlu melakukan pindaan Perlembagaan.