Menteri Industri Utama Teresa Kok membidas keputusan Dewan Rakyat Perancis yang tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sebahagian sumber untuk penghasilan biodiesel.
"Langkah ini bersifat diskriminasi dan tidak adil. Ia sesuatu yang amat dikesali kerana Ahli Parlimen (Perancis) membuat keputusan yang tidak lengkap dengan informasi berkaitan kemampanan minyak sawit terhadap alam sekitar dan sokongan industri itu kepada pembangunan sosio ekonomi negara pengeluar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar beliau, tindakan Perancis itu akan menjejaskan kehidupan berjuta penduduk negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia.
"Ini keputusan yang tidak boleh diterima dan melanggar prinsip dagangan bebas dan adil. Keputusan Dewan Rakyat Perancis amat membimbangkan dan perlu dibantah," tegas beliau.
Teresa berkata langkah Perancis mengecualikan minyak sawit sebagai campuran dalam biodiesel akan menjejaskan hubungan dagang bilateral dua hala.
"Malaysia akan menyatakan protes terhadap tindakan ini dan akan mendapatkan sokongan dari negara pengeluar lain," tambahnya.
Perancis pada Rabu mengundi untuk menghentikan insentif cukai terhadap penambahan minyak sawit dalam biodiesel menjelang 2020 dan menganggap diesel hasil dari minyak sawit sebagai bukan teknologi hijau.
Najib Aroff
Sat Dec 22 2018

TERESA: Malaysia akan menyatakan protes terhadap tindakan ahli parlimen Perancis dan akan mendapatkan sokongan dari negara pengeluar lain. - BERNAMA/Fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jana pendapatan daripada minyak masak terpakai
Minyak masak terpakai mempunyai nilai tersendiri dan boleh dikitar semula untuk dijadikan biodiesel, sebagai pengganti bahan api fosil yang lebih mesra alam.

Kenderaan DBKL guna biodiesel daripada minyak terpakai
Langkah itu menunjukkan kesungguhan DBKL untuk melestarikan Kuala Lumpur seterusnya mencapai matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030.

Eksport biodiesel Malaysia dijangka susut tahun ini - MBA
Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), UR Unnithan berkata eksport biobahan api berasaskan sawit dianggarkan mencecah 378,582 tan pada tahun lepas.

Dana penstabilan biobahan api akan diwujudkan - Teresa Kok
Kementerian Industri Utama sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan dana penstabilan biobahan api bagi menggalakkan penggunaan bahan biodiesel.

Malaysia lindungi kebajikan 650,000 pekebun kecil kelapa sawit
"Anda tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap golongan miskin di Malaysia, begitu juga kepada negara jiran kami, Indonesia."

Cadangan EU sekat minyak sawit masih boleh diubah - MPOC
Masih ada peluang dan masa untuk membincangkan perkara itu dengan EU memandangkan rancangan kesatuan tersebut masih di peringkat cadangan dan memerlukan lima tahun sebelum dimuktamadkan.

Biodiesel: Indonesia mungkin akan saman Amerika Syarikat
Indonesia menggesa Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusannya mengenai penguatkuasaan duti timbal balas terhadap produk biodiesel Indonesia.

Penganalisis, wakil industri optimis harga jangka terdekat minyak sawit mentah
Penganalisis dan wakil industri minyak sawit optimis harga minyak sawit mentah (MSM) boleh mencecah AS$800 (AS$1=RM4.46) setan metrik pada separuh pertama tahun depan.

Potensi buat Tianjin bangunkan program biodiesel, kelapa sawit bersama Malaysia
Malaysia pelawa peserta industri minyak sawit Tianjin untuk menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia dalam program biodiesel.

Kementerian temui pengeluar kenderaan bincang pelaksanaan B10 biodiesel
Dilaporkan pelbagai pengeluar -- BMW Malaysia, Isuzu, Toyota dan Volkswagen -- melahirkan kebimbangan berkaitan dengan pelaksanaan B10 biodiesel.