KAHERAH:Beberapa tahun lalu, seorang anak muda di Mesir sanggup meninggalkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang arkeologi semata-mata untuk fokus kepada kerja 'memburu' kala jengking.
Sejak itu Mohamed Hamdy Boshta, 25 tahun, mencari haiwan berbisa itu di segenap pelosok padang pasir dan juga di pesisiran pantai negaranya.
Dia yang kini merupakan pemilik syarikat Cairo Venom, giat mengumpulkan bisa haiwan itu untuk kegunaan perubatan, lapor Reuters.
Selain memiliki kira-kira 80,000 ekor kala jengking di beberapa ladang di seluruh Mesir, syarikat itu juga menyimpan pelbagai jenis ular berbisa, semuanya untuk tujuan perubatan.
Kala jengking yang biasanya dicari menggunakan cahaya ultra-ungu itu kemudiannya dikenakan arus elektrik rendah - cukup untuk merangsang pengeluaran bisa.
Setiap gram bisa kala jengking boleh digunakan untuk menghasilkan antara 20,000 hingga 50,000 dos serum anti bisa.
Atas sebab itulah, satu gram bisa haiwan yang tergolong dalam pengelasan Arachnida itu boleh mencecah harga sehingga AS$10,000 (RM40,600).
Bisa serangga yang dikumpulkan itu seterusnya dieksport ke Eropah dan Amerika Syarikat, untuk digunakan dalam penghasilan anti-bisa dan pelbagai jenis ubat, termasuk untuk masalah kesihatan seperti hipertensi.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Dec 13 2020
Hamdy Boshta yang kini merupakan pemilik syarikat Cairo Venom, giat mengumpulkan bisa haiwan itu untuk kegunaan perubatan. - Reuters
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Kaherah jadi tuan rumah World Urban Forum ke-12, mengapa ia penting?
WUF12 akan dihadiri pemimpin negara, menteri serta datuk bandar dari seluruh dunia selain golongan pakar dan aktivis yang berkaitan dengan isu perbandaran, ekonomi dan perubahan iklim.
Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan
Menurut negara-negara perantara itu, "jurang yang masih ada" antara Israel dan Hamas Palestin akan ditutup dalam beberapa hari akan datang.
Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
PM Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan kerja dua hari
Hari ini Anwar dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.
7 maut, bangunan 5 tingkat runtuh di Kaherah
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala seorang lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir.
Kecederaan paksa Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah
Azizulhasni terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.
3 maut, 32 cedera dalam kebakaran hospital di Mesir
Kebakaran berlaku di jabatan radiologi hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke lokasi.
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.
Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.