KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 orang pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak Rabu lalu susulan keadaan angin kencang dan ombak besar yang melanda pulau peranginan itu.
Lebih membimbangkan, bekalan makanan dikatakan semakin berkurang apabila tiada bot dibenarkan berlabuh mahupun keluar daripada pulau terbabit atas faktor keselamatan.
Astro AWANI menghubungi salah seorang pelancong, Muhammad Hafizuddin Mohd Sanip yang berada di pulau terbabit sejak Rabu lalu.
Jelasnya, beliau dijadualkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bot di Jeti Coral Bay ke Jeti Kuala Besut pada pagi Jumaat.
Namun, katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak membenarkan sebarang aktiviti bot dan menyebabkan beliau dan rakannya yang lain terkandas.
"Saya sepatutnya pulang Jumaat pagi, tetapi memandangkan cuaca (buruk), saya dah menunggu di jeti (Pulau Perhentian Kecil) pun sebenarnya untuk balik ke Kuala Besut, tetapi minit akhir dimaklumkan APMM tidak membenarkan mengambil penumpang atau pelancong daripada jeti Coral Bay Pulau Perhentian Kecil kerana keadaan laut tidak mengizinkan.
"Keadaan kami di sini agak rumit kerana bekalan makanan dilaporkan semakin sedikit kerana tiada bekalan makanan atau bot dibenarkan masuk," jelasnya ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Muhammad Hafizuddin, cuaca di pulau terbabit masih hujan sekali gus membimbangkan keselamatannya dan rakan-rakan yang lain.
Malah, jelasnya sebarang aktiviti di pantai juga tidak dibenarkan kerana ombak yang kuat turut membadai kawasan gerai yang berada di tepi pantai.
"Cuaca sangat buruk, kami baru sahaja mengalami cuaca hujan lebih 24 jam di pulau ini sejak Jumaat sampai tengah malam tadi.
"Cuaca masih gelap, kemungkinan hujan akan turun kejap lagi. Saya tidak pasti apa akan berlaku selepas ini," katanya lagi.
Menceritakan detik cemas sepanjang perjalanannya dari jeti Kuala Besut ke pulau berkenaan, jelas Muhammad Hafizuddin beliau sudah menjangkakan seolah-olah sesuatu tidak kena apabila bot dinaikinya dihayunkan ombak tinggi di tengah laut.
"Kami tidak dimaklumkan tentang akan berlaku ombak besar di Pulau Perhentian sebab sewaktu dalam perjalanan kami mengalami detik cemas di mana bot kami berhayun sangat tinggi... jadi ramai sangat panik.
"Apabila tiba di pulau ternyata jangkaan kami tepat di mana pantai-pantai di Pulau Perhentian Kecil terutama di Long Beach, ombak telah bergerak hampir ke gerai di sekitar persisir pantai," jelasnya.
Ujarnya, ketika ini beliau dan pelancong lain yang terkandas buntu, malah keadaan di pulau itu tidak teratur sekali gus mencetuskan rasa panik dalam kalangan mereka.
"Jadi keadaan di sini sangat tidak teratur dan mungkin penduduk juga tidak menjangka situasi ini dan agensi tidak memaklumkan kepada kami apa yang berlaku di sini.
"Mungkin kalau kami dimaklumkan lebih awal, mungkin ramai akan menarik balik. Ramai kanak-kanak dan warga emas di sini tidak tahu apa akan berlaku seterusnya.
"Kalau nak kata boleh balik esok pagi pun belum tentu boleh, kalau nak kata balik petang ini pun cuaca dah gelap nak hujan. Jadi kami pun tak tahu apa akan berlaku seterusnya," luahnya lagi.
Tambah Hafizuddin, apa yang diharapkan ketika ini agar pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan makanan kepada pelancong yang terkandas untuk memastikan setiap mangsa berada dalam keadaan baik.
Fareez Azman
Sun Feb 27 2022
Kira-kira 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian Kecil selepas cuaca buruk melanda pulau itu. - Gambar Astro AWANI
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.
Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis sitaan tapak pembinaan bangunan resort di Pulau Perhentian yang runtuh pada 10 Nov lepas.
Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia pada Ahad.
Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan
Empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pada pagi Khamis.
Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.