SHAH ALAM: Seorang petani tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Mohamad Asri Adnan, 55, berkata, dia terpaksa menjual lembu yang diberi nama Samad itu selepas dirinya disahkan menghidapi penyakit kanser limfoma.
"Saya dapat tahu saya ada kanser pada bulan Ramadan yang lalu, orang kata badan akan menjadi sedikit penat selepas rawatan kemoterapi. Jadi saya ambil keputusan untuk jual Samad kerana khuatir ia akan terabai, maklumlah lembu ini besar kena bagi makan banyak iaitu 30 kilogram (kg) hingga 40kg rumput sehari.
"Kalau kita tidak larat bagaimana mahu cari rumput untuk Samad makan. Sedih sebenarnya untuk jual, tiga hari tiga malam saya nangis macam kita bela kucing manja sangat namun tiada pilihan kerana saya sakit," ujarnya.
Video yang dikongsi menerusi TikTok budax kampung memaparkan detik-detik terakhir Mohamad Asri meluangkan masa bersama Samad.
Kelihatan Mohamad Asri seolah-olah bercakap dengan Samad yang berada di atas lori sebelum dibawa pergi.
Tambah petani dari kedah itu, dia memelihara Samad sudah lebih setahun dan ia seekor lembu yang sangat manja.
Ujar Mohamad Asri, Samad sering bergurau dengannya setiap kali mereka meluangkan masa bersama.
"Saya ada tiga lembu tetapi Samad sangat istimewa, dia suka bergurau kadang-kadang acah-acah mahu menanduk, jilat badan saya ketika berpeluh dan banyak lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
"Bila waktu petang Samad keluar saya hanya panggil namanya dan ia akan terus berlari mendapatkan saya. Sekarang sudah tiada... hanya kenangan, mungkin ini yang terbaik," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 18 2024

Video memaparkan detik-detik terakhir Mohamad Asri meluangkan masa bersama lembu kesayangannya, Samad. - Foto TikTok/@budaxkampung
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Terpaksa jual Samad selepas hidapi kanser
Mohamad Asri terpaksa menjual lembu yang diberi nama Samad itu selepas dirinya disahkan menghidapi penyakit kanser limfoma.

Isu Felda: "Yang sedihnya kami, keluarga peneroka" - Chef Wan
Tegas Chef Wan, pihak yang paling sedih akibat isu yang melanda Felda ialah keluarga-keluarga peneroka yang bertungkus lumus memajukan Felda.