KUANTAN: Pengusaha kedai makan dan restoran di daerah ini mengakui hanya menunggu masa untuk menaikkan harga makanan, jika barangan keperluan masih meningkat selepas ini.
Mereka mendakwa, buat masa ini harga makanan masih dikekalkan meskipun barang keperluan menunjukkan peningkatan ketara antara 41 hingga 60 peratus bagi beras dan gula, selain bahan mentah lain.
Peniaga nasi campur, Noorazlinda Abdul Razak, 45, memaklumkan ketika ini masih lagi mampu bertahan untuk mengekalkan harga jualan sedia ada.
Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga, jika barang keperluan seperti beras dan bahan mentah lain terus menerus meningkat.
Tegasnya, itu antara alternatif akan diambil daripada terus menanggung kos operasi yang semakin meningkat.
"Bila saya naikkan harga makanan dijual, itu bermakna saya bukan suka-suka (naikkan harga), tapi dengan situasi barang makin naik.
"Jika naikkan harga, saya akan pastikan harga makanan dijual berpatutan, bukan naik mendadak sampai pelanggan terkesan," katanya ketika ditemui di bandar Kuantan, pada Ahad.
Noorazlinda yang lebih 30 tahun mengusahakan perniagaan makanan berkata, pelanggan juga seharusnya memahami situasi yang sedang menekankan peniaga.
Selain itu, dia berharap kerajaan dapat mengambil cakna terhadap isu membelenggu rakyat terutamanya peniaga pada ketika ini.
"Kalau boleh kami hendak harga macam (seperti) dulu, tidak daya kalau hendak ikut harga bahan mentah sekarang, semua mahal," luahnya.
Suzana Mat Yasim, 57, yang berniaga makanan lebih 20 tahun mendakwa kenaikan harga barangan sudah lama berlaku dan seperti tidak dapat dikawal lagi.
Luahnya, situasi itu menyebabkan peniaga seperti tersepit dan bimbang kehilangan pelanggan sekiranya harga makan dinaikkan.
"Kalau fikirkan memang hendak saja naikkan harga makanan, tapi bila fikir tempat ini, kita tahu majoriti pelanggan datang adalah B40.
"Andai kita naikkan harga, pelanggan kurang, jika tidak naikkan (harga) untung pun lebih kurang sahaja dapat.
"Jadi, mahu tidak mahu kita kena bertahan selagi boleh menampung kos operasi," katanya.
Turut senada Noraniza Kamsani, 37, yang turut mengakui terkesan dengan kenaikan bahan mentah sejak akhir ini.
Dia yang mengusahakan perniagaan berasaskan makanan berkata, beras, gula dan bahan asas lain adalah bahan utama dalam hampir kesemua menu masakan.
"Namun saya terpaksa meneruskan aktiviti jualan kerana ini adalah salah satu sumber pendapatan keluarga," katanya.
Ibu kepada tiga anak itu memberitahu beberapa faktor perlu dipertimbangkan kerana kuasa membeli masa kini semakin kurang.
Selain itu, ujarnya, penetapan harga baru untuk jualan juga perlu diambil kira untuk mengelakkan kerugian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 18 2023
Pengusaha kedai makan dan restoran di daerah ini mengakui menunggu masa untuk menaikkan harga makanan. - Foto Sinar Harian. Gambar kecil dari kiri: Suzana, Noorazlinda dan Noraniza
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
35 premis diberi nasihat, satu diberi amaran tidak patuh SOP - Ismail Sabri
35 premis diberi nasihat manakala satu premis diberi amaran kerana tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
COVID-19: Big Blue ubah strategi, lancar perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan
Inisiatif itu diambil bagi membantu 10,000 pemandu dibawah syarikat itu untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.