Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes seorang remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lepas, bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan menghisap ganja sebelum kejadian itu.
Saksi pembelaan ketiga Imran Fazley Abu Bakar, 19, berkata enam rakan termasuk tertuduh datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat di sini, untuk menghisap ganja, antara pukul 1 hingga 2 pagi, 14 Sept 2017.
"Sebelum bergerak ke Taman Balak, saya menunggu abang saya pulang daripada berniaga di Pasar Malam, Sentul untuk bersama-sama pergi ke sana (Taman Balak) kerana ganja ada pada dia. Kami (lapan orang) kemudian sama-sama bergerak ke pondok itu menaiki motosikal.
"Kami tiba di pondok berkenaan bersama-sama, namun dua rakan saya iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja itu pada perbicaraan kes bela diri remaja berkenaan semalam.
Imran Fazley yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu berkata mereka berada di pondok berkenaan lebih kurang 20 minit sebelum melepak di sebuah warung di taman berkenaan.
Katanya, semasa berada di warung berkenaan, Shahrul dan Haikal kembali menyertai mereka dan selepas berbincang mereka semua ke pusat snuker kecuali Haikal.
Mohd Haijan: Lepas itu kamu pergi mana?
"Kami semua balik ke rumah saya dalam pukul 4 pagi. Saya, abang, tertuduh dan seorang lagi rakan kemudian pergi semula ke pondok itu untuk menghisap ganja pada pukul 4.28 pagi,” katanya yang membantu ibunya berniaga nasi ayam.
Pada 28 Jan lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja terbabit membela diri atas pertuduhan tersebut, manakala rakannya yang berumur 19 tahun dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membeli diri atas pertuduhan sama.
Remaja berkenaan yang kini berumur 19 tahun telah memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada 2 dan 3 Mac lepas.
Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.
Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok untuk pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020

Dua remaja yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pada pagi 14 Sept 2017. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

1MDB: Najib mula membela diri hari ini
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir prosiding hari pertama bela diri penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan pengubahan wang haram, hari ini.

Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Mahkamah Tinggi arah Najib bela diri untuk 25 pertuduhan
Datuk Seri Najib Razak telah diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1MDB.

Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.

Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri
Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.

Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi memerintahkan Yew Wei Liang membela diri atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.

Miliki dadah: Penganggur diperintah bela diri, kekasih bebas
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penganggur membela diri atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas.

Kes Bella: Prosiding Siti Bainun diteruskan biarpun tiada peguam
Semasa prosiding, Siti Bainun memaklumkan sudah berbincang dengan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).