SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) telah memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan bagi menangani impak kenaikan kos haji.
Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos.
Katanya, seperti yang semua maklum, kos haji adalah semua kos langsung untuk menunaikan haji merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Mekah dan Madinah, sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak-pihak berwajib di Arab Saudi.
“Kesemua elemen ini telah meningkat dari setahun ke setahun termasuk harga sewaan hotel-hotel di Mekah dan Madinah.
“Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kenaikan kos haji adalah disebabkan inflasi berikutan impak ekonomi global seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca COVID-19, percukaian, kadar pertukaran wang serta pasaran hartanah di Mekah dan Madinah.
“Kenaikan ini juga disebabkan oleh caj tambahan yang melibatkan kemudahan sedia ada dan baharu yang diberikan termasuk fasiliti kemudahan khemah di Arafah dan Mina, mutawif, sajian makanan serta penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai respons berhubung isu peningkatan kos haji dan langkah yang diambil oleh TH.
Tambah Syed Saleh, kos haji pada tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000 didorong oleh kenaikan caj untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan Arab Saudi demi keselesaan dan kebajikan para jemaah haji.
“Kita perlu menerima realiti kenaikan kos menunaikan haji akan berlaku setiap tahun. Namun, TH akan sentiasa berusaha melalui perbelanjaan yang berhemah dan strategik agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan jemaah haji.
“TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk golongan berpendapatan rendah melalui bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji yang lalu serta terus sediakan subsidi kepada jemaah,” jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Syed Saleh (gambar kecil) berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos. -Foto Sinar Harian

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.