Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Beliau berkata arahan hanya dikeluarkan supaya pasar raya besar itu ditutup bermula Isnin lepas kerana beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Foto tular mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan pengunjung yang pernah ke pasar raya besar itu perlu menjalani ujian saringan kesihatan adalah palsu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tular di media sosial satu gambar notis penutupan pasar raya besar itu oleh KKM dan dinyatakan orang ramai yang pernah mengunjungi premis tersebut perlu menjalani ujian saringan kesihatan.
Sementara itu, pasar raya besar tersebut menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan premis perniagaan berkenaan kini dibuka semula mengikut waktu operasi biasa dengan kawalan keselamatan kesihatan yang tinggi seperti disarankan KKM.
Bernama
Thu Jun 04 2020

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman. - Gambar http://www.jknselangor.moh.gov.my/.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Bidang kuasa PBT ketika ini adalah termaktub berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan
Mereka yang positif perlu jalani kuarantin wajib selama 10 hari, yang negatif pula disarankan melaksanakan pengasingan secara sukarela.

COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian
Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.

COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup muka selain mementingkan kebersihan tangan dan penjarakan fizikal yang selamat.

Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini
Perutusan oleh "abah" selepas agak lama tidak muncul di kaca televisyen hari ini menyaksikan pelbagai pesanan telah dititipkan dalam usaha mengelakkan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Dat

PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil
Kerajaan akan berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, KKM dan MKN berkaitan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli-belah semasa PKPB.

PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga
Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei ini.

COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan
Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.