IPOH: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan bermula tahun 2024, semua bil cukai tanah negeri itu tidak lagi akan dikeluarkan secara manual.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan.
"Bil akan dihantar secara dalam talian melalui e-mel atau mereka boleh semak di laman sesawang Portal Awam e-Tanah, yang mana segala sejarah urusan berkaitan tanah yang dimiliki akan disimpan dan boleh menjadi rujukan pada masa hadapan.
"Sehubungan itu, pengguna seluruh negeri diminta untuk mendaftar di e-Tanah, bagi membolehkan penerimaan bil secara dalam talian (e-bil) dan setakat ini lebih 50, 000 telah mendaftar," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Negara Peringkat Negeri Perak, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah PTG Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
Saarani berkata PTG komited dalam mendigitalkan perkhidmatannya, termasuk menggalakkan pelanggan ke arah transaksi secara dalam talian dan menambah baik sistem e-tanah, selaras dengan perkembangan dunia ke arah pendigitalan.
"Jadi kita galakkan semua pengguna untuk mendaftarkan id pengguna, agar memudahkan segala urusan berkaitan tanah melibatkan jabatan itu, agar kita seragamkan seperti bil elektrik dan bil air ketika ini boleh dilakukan dalam talian.
"Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau kurang mahir, maka boleh meminta bantuan ketua kampung atau setiausaha JKK, termasuk pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing," katanya.
Saarani berkata dari segi kutipan cukai, berbanding tahun 2021 dan 2022, momentum kutipan cukai meningkat malah untuk tahun ini, sejak diperkenalkan pada Februari sehingga Julai kutipan cukai tanah juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.
"Dulu berbeza dengan sistem manual, kerana mereka perlu ke kaunter dan urusan itu kadang kala perlu seharian untuk mereka selesaikan urusan tadi, tapi sekarang lebih mudah dan senang.
"Mereka tidak perlu lagi datang ke kaunter, kerana segala maklumat telah kita sediakan platform untuk memudahkan lebih kurang 2 juta pengguna di negeri Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan. - BERNAMA
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
Pihak syarikat itu didapati berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.
Tiada lesen perlombongan diluluskan selepas pewartaan Hutan Simpan Chini 2019
Sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.
Kerani mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu pelepasan gadaian
Han Hee Siew, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian, Petaling, pada 26 Mac 2014.
Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz
Tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah.
KSN mahu fakta jual tanah Sungai Jinjang daripada PTG WP
Tan Sri Ali Hamsa akan mendapatkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan mengenai isu penjualan tanah kerajaan di Sungai Jinjang.
Bauksit: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan
SPRM memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.