PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan pemindahan wang itu daripada SRC International dengan apa-apa tindakan atau arahan anak guamnya.
"Dalam isu ini, tidak ada bukti yang boleh dipercayai dikemukakan bagi menunjukkan bagaimana dana RM42 juta itu dipindahkan daripada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) pada 24 Disember 2014 serta 5 dan 6 Februari 2015.
"Pendakwaan juga tidak mengemukakan bukti mengenai individu yang menyebabkan dana SRC International itu dipindahkan. Itu adalah perkara paling kritikal,” katanya.
Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Peguam itu berkata, kes pendakwaan ialah dana sebanyak RM42 juta telah dipindahkan daripada SRC International melalui surat arahan yang ditandatangani bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Pengarahnya, Datuk Suboh Md Yassin.
"Keterangan SP42 (saksi pendakwaan ke-42 iaitu Suboh) berhubung sebarang representasi yang didakwa diberikan Nik Faisal atas permintaan atau arahan ‘pihak atas’ merujuk kepada Najib sebagai Penasihat Emeritus tidak boleh dipercayai. SP42 tidak menyatakan perkara sama di dalam lima kenyataan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Muhammad Shafee berkata, Suboh tidak konsisten dalam kenyataannya kepada SPRM berhubung isu sama ada beliau menandatangani sebarang surat transaksi.
Beliau berkata, semasa perbicaraan kes itu, pendakwaan telah mencadangkan kepada Suboh bahawa tandatangan Nik Faisal di surat itu boleh dipalsukan menerusi kaedah ‘potong dan tampal.’
"Mereka gagal menunjukkan bahawa beliau (Najib) mempunyai kawalan dan ini adalah satu perkara yang memusnahkan kes pendakwaan.
"Pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa RM42 juta itu adalah sebahagian daripada RM4 bilion yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC atau daripada dana milik SRC," katanya sambil menambah dapatan hakim perbicaraan bahawa apa sahaja dana yang dikreditkan ke dalam akaun SRC adalah milik SRC hanyalah tekaan semata-mata.
Muhammad Shafee berhujah tidak ada saksi yang memberi keterangan mengenai asal-usul RM42 juta itu.
Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan CBT serta pengubahan wang haram dan 12 tahun serta denda RM210 juta bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pendengaran rayuan itu bersambung esok.
- Bernama
Bernama
Tue Apr 06 2021

Muhammad Shafee berkata, tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan pemindahan wang itu daripada SRC International dengan apa-apa tindakan atau arahan anak guamnya. - Gambar fail/ Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.