SHAH ALAM: Tiada gangguan bekalan air dilaporkan berlaku susulan pencemaran sungai akibat kebakaran kilang plastik di Semenyih dan pencemaran minyak diesel di Sungai Slim, Slim River, Perak semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama agensi lain berjaya mengawal pencemaran itu tanpa menjejaskan operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Semenyih dan LRA Bernam River Headworks (BRH).
Bagi insiden pertama, LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan menyeluruh di sebuah premis kilang plastik di Jalan Perindustrian Mahkota Utama, Beranang pada 3.30 petang semalam susulan insiden itu tular di media sosial, katanya.
Hee berkata LUAS turut melaksanakan tindakan segera dengan kawalan menyekat dan menakung aliran tersebut menggunakan tiga "oil boom" di kawasan longkang utama sepanjang 200 meter dari lokasi kebakaran sehingga kerja pemadaman oleh pihak bomba selesai.
"Takungan aliran berkenaan juga dirawat menggunakan 13 beg karbon yang diaktifkan (AC) bagi tujuan nyahbau sebelum aliran tersebut masuk ke Sungai Kabul.
Pemantauan dan pensampelan pada kekerapan setiap 30 minit di beberapa lokasi berpotensi di Sungai Kabul turut dilaksanakan mendapati bau di sungai itu normal dan tiada sebarang kesan sisa bahan terbakar kelihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi insiden kedua, Hee berkata LUAS mengaktifkan manual sama selepas menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berkenaan pencemaran minyak diesel di Sungai Slim, Slim River di negeri itu.
Hee berkata berdasarkan semakan, aliran air sungai tersebut berpotensi menjejaskan operasi LRA BRH berikutan hilir sungai itu menghala ke Selangor pada jarak 21 kilometer (km) daripada lokasi insiden.
Katanya pemantauan dan pensampelan dilaksanakan setiap sejam menggunakan peralatan Portable UV Analyzer bagi memastikan tiada kesan sisa minyak diesel atau bau di dalam sungai terbabit
"Pemantauan berterusan dibuat sehingga pukul 4.30 pagi tadi mendapati tiada impak dan kesan bau di Sungai Bernam yang merupakan punca utama bekalan air kepada muka sauk LRA BRH.
Pemantauan bermula pukul 7 malam semalam telah ditamatkan pada jam 4.30 pagi tadi setelah tiada risiko henti tugas LRA disahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Hee Loy Sian berkata, tindakan pantas LUAS bersama agensi lain berjaya mengawal pencemaran itu tanpa menjejaskan operasi LRA Semenyih dan LRA Bernam River Headworks. - Gambar fail

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.