KUALA LUMPUR: Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.
Perkara ini diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah awal pagi ini (waktu tempatan) pada upacara pembukaan persidangan dan pameran 'Ekspo Haji 2023' yang akan berlangsung sehingga 12 Jan.
Menurutnya, berita gembira ini bakal membolehkan dua juta umat Islam dari luar Arab Saudi dan kira-kira 200,000 umat Islam domestik menunaikan ibadah haji dengan mudah dan senang.
"Saya hendak umumkan satu berita gembira.
"(Mengenai) Jumlah jemaah haji... sejak tercetusnya pandemik pada 1441 Hijrah (2020 Masihi), Arab Saudi telah mengenakan sekatan bilangan dan usia tertentu untuk menunaikan haji," katanya.
Al-Rabiah berkata: "Pada musim 1444 Hijrah (tahun ini), ia akan kembali seperti sebelum pandemik, tanpa sebarang sekatan umur."
Jumlah jemaah haji ke Baitullah pada musim haji 1443 Hijrah (2022 M) mencecah 899,353 jemaah termasuk 779,919 jemaah antarabangsa daripada jumlah keseluruhan sejuta jemaah yang dibenarkan.
Musim haji 1442 Hijrah (2021 Masihi) pula menyaksikan penyertaan haji dihadkan kepada 60,000 jemaah domestik, di bawah kawalan kesihatan ketat pada masa itu akibat pandemik.
Tahun 1441 Hijrah (2020 Masihi) turut menyaksikan penurunan jumlah kuota yang drastik, apabila hanya kira-kira 10,000 jemaah domestik dibenar menunaikan haji, berbanding 2.5 juta pada tahun 1440 (2019 M) dari seluruh dunia.
Persidangan dan pameran 'Ekspo Haji 2023' anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu berlangsung dari 9 hingga 12 Januari 2023.
Diadakan selama empat hari, acara itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji, di samping meningkatkan pengalaman keagamaan dan budaya mereka.
Acara itu juga bertujuan mewujudkan ekosistem bersepadu dan lestari yang menambah baik pengalaman jemaah haji, menjangkakan arah aliran masa depan mereka dan mewujudkan peluang kerjasama, perjanjian serta inisiatif tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
![Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616687119_Wuquf.jpg)
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia. - Gambar fail REUTERS
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025 Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717928707_kaabahhajiarabs.jpg)
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
![Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300 Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734325258_tabunghaji.jpg)
Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.
![WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729564695_MasjidilHaram.jpg)
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
![31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia 31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715726187_JemaahHaji.jpg)
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
![Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715669368_PerformHajj.jpg)
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
![Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719525788_NorainiMatSari.jpg)
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
![Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719279389_TuankuSyedFaizuddi.jpg)
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
![1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi 1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
![Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
![Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.