KUALA LUMPUR: Isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu adalah tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri itu.
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan apa-apa hasil dari medan petroleum pantai timur Semenanjung Malaysia adalah didapati dan diperoleh di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).
Menurut kementerian itu bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750.
"Namun begitu, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan wang ehsan untuk negeri Terengganu. Pada 2023 sehingga kini, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM958 juta untuk negeri Terengganu bagi tujuan pelaksanaan projek dan program untuk manfaat rakyat negeri Terengganu," tambah MOF.
MOF menjelaskan sedemikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Razali Idris pada 25 Julai mengenai kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pembayaran tertunda dan berjadual dianggarkan berjumlah lebih RM200 juta lagi bagi 2023 dan 2024 kepada Terengganu.
Kementerian itu memaklumkan kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang dan bersedia mempertimbangkan cadangan daripada kerajaan Terengganu yang boleh dipersetujui bersama supaya melibatkan program serta projek yang boleh dibiaya melalui Pemberian Wang Ehsan.
Ini untuk manfaat langsung rakyat negeri Terengganu, terutama dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas, tambah MOF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Menurut MOF, bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750. - Gambar fail/Bernama
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.