KUALA LUMPUR: Siasatan awal dan tindakan perlu yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati penghantaran emel dan SMS palsu daripada aplikasi MySejahtera bukan disebabkan oleh kebocoran pangkalan data, sebaliknya penyalahgunaan Application Programming Interface (API).
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, pasukan MySejahtera telah meningkatkan lagi tahap keselamatan aplikasi dan laman sesawang MySejahtera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Susulan aduan yang diterima, pasukan MySejahtera telah melakukan siasatan awal serta tindakan-tindakan perlu dan mendapati fungsi permohonan Pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in tersebut telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pihak yang berkenaan telah menggunakan alamat emel atau nombor telefon secara rawak untuk melakukan proses pendaftaran.
"Sekiranya nombor telefon atau alamat emel yang dimasukkan secara rawak itu wujud, MySejahtera akan menghantar One Time Password (OTP) kepada pemilik nombor telefon atau alamat emel bagi mengesahkan pendaftaran tersebut," demikian menurut kenyataan tersebut, pada Rabu,
Selain itu, KKM menjelaskan fungsi 'Need Help?' di dalam laman web yang sama juga telah disalah guna untuk menghantar emel spam secara rawak.
BACA: Terima OTP yang meragukan pada awal pagi? Ini penjelasan Pasukan MySejahtera...
KKM menambah, di dalam laman sesawang MySejahtera, terdapat satu ciri atau fungsi Pendaftaran MySejahtera Check-In untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.
Katanya, bagi melengkapkan permohonan tersebut, pemohon antara lain perlu memasukkan maklumat seperti alamat emel atau nombor telefon bagi mendapatkan OTP.
Terdahulu, KKM memaklumkan menerima aduan melalui helpdesk MySejahtera dan media sosial mengenai mesej OTP yang diterima untuk mengesahkan nombor telefon pengguna bagi pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in dan emel spam daripada helpdesk MySejahtera.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 20 2021

KKM memaklumkan menerima aduan melalui helpdesk MySejahtera dan media sosial mengenai mesej OTP yang diterima untuk mengesahkan nombor telefon pengguna bagi pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in dan emel spam daripada helpdesk MySejahtera.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.