SHAH ALAM:Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa tiada cadangan untuk menggunakan sumber air daripada Tasik Putrajaya sebagai langkah alternatif sekiranya berlaku pencemaran sungai di negeri itu.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ir Izham Hashim berkata walaupun Tasik Putrajaya dijangka mampu membekalkan air kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih untuk tempoh sehingga 17 hari, namun belum ada keperluan untuk menggunakan sumber berkenaan setakat ini.
Beliau berkata cadangan penggunaan air daripada Tasik Putrajaya apabila berlaku sebarang kecemasan atau pencemaran adalah di luar bidang kuasa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan kerajaan negeri.
"Namun disebabkan Air Selangor turut menguruskan bekalan air terawat kepada Putrajaya dan Kuala Lumpur, pihak berkenaan memohon kepada kementerian berkaitan untuk membenarkan penggunaan sumber air daripada Tasik Putrajaya termasuk untuk kerja-kerja pemasangan paip pengepaman jika berlaku kecemasan tapi belum ada jawapan lagi setakat ini daripada kerajaan pusat," katanya pada sidang DUN Selangor di sini.
Beliau menjawab pertanyaan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) mengenai sama ada Tasik Putrajaya boleh menjadi sumber air kecemasan apabila berlaku pencemaran di intake Sungai Semenyih.
Izham berkata kerajaan negeri bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga sedang meneliti kemungkinan terdapat kolam di sekitar Sungai Semenyih khususnya di kawasan hiliran sungai yang boleh dimanfaatkan untuk menangani isu kecemasan atau pencemaran sumber air pada masa depan.
Sementara itu, DUN Selangor juga dimaklumkan bahawa projek Selangor Business Capital (SBC) di Cyberjaya bakal mewujudkan bandar baharu di kawasan selatan negeri berkenaan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek tersebut juga disasar mampu mempercepatkan pembangunan pelbagai infrastruktur moden yang menjadi asas kepada pertumbuhan bandar baharu.
"Selaku pihak bertanggungjawab yang akan membangunkan pusat ekonomi baharu ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memohon kebenaran merancang pada suku pertama tahun depan.
"Kami yakin SBC mampu mengubah landskap dan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelbagai limpahan manfaat kepada negeri serta negara," katanya.
Amirudin menjawab pertanyaan Datuk Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan Pelan Pembangunan SBC.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga dalam proses melakukan penilaian untuk mengenal pasti rakan strategik serta pelabur berpotensi untuk melabur bagi projek SBC dan prapelancaran projek berkenaan dijangka dijalankan dalam tempoh terdekat.
"Pembangunan projek tersebut sepatutnya dimulakan pada tahun ini namun penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan yang dilakukan," katanya.
Projek SBC dirancang untuk dibangunkan PKNS di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya di atas tanah seluas 56 hektar dan terletak di lokasi strategik antara Cyberjaya, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Klia2.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Cadangan penggunaan air daripada Tasik Putrajaya apabila berlaku sebarang kecemasan atau pencemaran adalah di luar bidang kuasa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan kerajaan negeri. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terry, Chelsea raih tempat ketiga di Terbuka ASEAN Festival NX113
Terry merekodkan satu jam 27 minit 27s untuk menamatkan saingan di belakang perenang Indonesia, Muhamad Abhinaya Putrawan dari Indonesia.

Aquathlon Putrajaya: Platform pemilihan atlet ke Sukan SEA 2023
Proses kelayakan pada kejohanan NX113 mengambil kira catatan masa dan tertakluk kepada segala kriteria ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum layak mewakili Malaysia.

Elak anjing, kereta nyaris masuk Tasik Putrajaya
Akibat mengelak anjing, kereta yang dipandu seorang pelajar nyaris terbabas ke dalam Tasik Putrajaya di Jalan Persiaran Tasik Cyberjaya di sini awal hari ini.

Tun M kembali kayuh 'gerek' di Putrajaya
Selepas beberapa bulan berehat, Dr Mahathir kembali beriadah di Tasik Putrajaya.

Pencahayaan malam Putrajaya meriahkan bulan kebangsaan
Pemandangan warna warni rutin yang menyinari empat lokasi ikonik di Putrajaya itu dari 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari.

Mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Putrajaya
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini Sabtu.