PUTRAJAYA: Tiada keperluan lagi untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh Proklamasi Darurat, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa dalam negara sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, perkara tersebut turut termaktub dalam Sekysen14 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) termasuk untuk prorog Parlimen.
Jelas beliau lagi, Perkara 150 (2B) juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang di bawah Ordinan Darurat.
"Maka keperluan untuk Parlimen bersidang untuk buat undang-undang itu tidak adalah.
“Apabila perkara ini dilaksanakan kenyataan dibuat oleh Istana Negara itu adalah menjelaskan perkara bahawa tidak ada persidangan Parlimen. Namun demikian mana-mana sesi Parlimen yang nak dipanggil mestilah berikutan dengan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
“Jadi sekarang ini, Jemaah Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen. Jadi, itulah keadaan sekarang ini.
“Istana Negara menyatakan bahawa kalau nak diadakan persidangan Parlimen, maka perlu adanya satu keputusan oleh Jemaah Menteri, bukan Perdana Menteri.
“Jadi di sini Kabinet apabila membuat nasihat kenapa kita menangguhkan, bukan menggantung, menangguhkan persidangan, ini kerana banyak alasan termasuk perundangan, sains dan data,” kata beliau dalam sidang media di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Selain sudut perundangan, Takiyuddin berkata, tumpuan dan fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memerangi COVID-19 termasuk mengurangkan risiko kepada Ahli-ahli Parlimen.
Mengambil contoh Proklamasi Darurat pada 1969, beliau berkata, ketika itu sidang Parlimen tidak bersidang selama dua tahun.
"Memang kerajaan amat serius dalam rangka membendung (penularan COVID-19) kepada semua orang termasuk Ahli-ahli Parlimen.
"Saya nak nyatakan, di Parlimen terdapat 220 ahli. Daripada jumlah tersebut, seramai 77 orang ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun.
"Manakala, 19 orang berumur antara 70 hingga 79 tahun, sementara seramai empat orang berumur 80 tahun ke atas.
"Hampir sebahagian Ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko dan kita tak mahu terdedah kepada perkara-perkara ini sebab kita berada di ruang yang tertutup," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 03 2021

Menurut Datuk Seri Takiyuddin, persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa dalam negara sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.

Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.

Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.

PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.

Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.

MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.

Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.