PETALING JAYA: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat enggan mengulas mengenai prosiding secara tertutup di hadapan majistret di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya,
di sini, hari ini.
Menurut Fahmi dan Mahmud, tiada sebarang komen boleh diberikan sehingga prosiding hari ini selesai.
“Saya tidak boleh komen apa-apa lagi sehingga prosiding hari ini selesai.
“Saya dimaklumkan pada jam 9 pagi tadi bahawa anak guam saya sudah dibawa ke mahkamah ini,” kata Fahmi kepada pemberita.
Kedua-dua peguam itu tiba di mahkamah sekitar jam 11.15 pagi tadi.
Sementara itu, media difahamkan, ibu bapa kanak-kanak malang itu dibawa masuk ke mahkamah sekitar jam 10.30 pagi, manakala beberapa individu dipercayai keluarga mereka dilihat masuk ke lobi mahkamah kira-kira jam 10.55 pagi.
Dalam perkembangan sama, puluhan pengamal media tidak dibenarkan mengikuti prosiding kerana dijalankan secara tertutup, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.
Pada Selasa, pasangan suami isteri itu dibawa di kediaman serta lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan sebagai sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ia antara prosedur perlu dilaksanakan sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, perkembangan lanjut sama ada siasatan kes itu sudah lengkap atau sebaliknya serta status reman ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Pada Isnin, ibu Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak sehingga mayatnya ditemui.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, yang juga kanak-kanak autistik ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Firdaus Azil
Wed Jun 12 2024

Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat enggan mengulas mengenai prosiding secara tertutup di hadapan majistret di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes Zayn Rayyan: Hakim, semua pihak terlibat lawat lokasi kejadian
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 pagi diiringi beberapa kenderaan polis serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.

Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisis dan bukti - Mohd Shuhaily
PDRM tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.