KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang bersubahat melindungi golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dikenakan tindakan tegas.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, hukuman yang berat menanti mana-mana individu, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan majikan yang didapati melindungi golongan itu dan mengambil mereka bekerja tanpa dokumen dan pas yang sah.
Ujarnya, mereka boleh dikenakan hukuman yang berat seperti yang tertakluk di bawah akta dan peraturan imigresen tanpa kompromi.
"Jabatan ini (Imigresen) ingin menjelaskan bahawa melindungi PATI adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000.
"Sekiranya individu atau organisasi berkenaan melindungi lebih daripada lima orang PATI, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujar beliau, sejak tahun 2019 sehingga 2021, seramai 979 orang individu telah dikenakan tindakan kerana melindungi PATI.
"Majikan yang menggaji PATI pula boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
"Jika bilangan pekerja PATI berkenaan melebihi lima orang, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun serta boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali sebatan," jelas beliau.
Oleh yang demikian, tambah Khairul Dzaimee lagi, majikan atau individu yang mengambil PATI untuk bekerja dikehendaki segera mendaftarkan mereka dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau Rekalibrasi Pulang yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
"Setakat 22 Julai 2021, seramai 155,124 orang PATI telah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 102,592 orang PATI telah mendaftar dalam program Rekalibrasi Pulang.
"PATI yang telah berdaftar dalam program berkenaan akan dipertimbangkan untuk diberi vaksin COVID-19 bersama warga asing lain yang tinggal di Malaysia," ujar beliau.
Nickyson Nyambar
Fri Jul 23 2021
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menasihati agar majikan atau individu yang mengambil PATI untuk bekerja dikehendaki segera mendaftarkan mereka dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau Rekalibrasi Pulang. - Gambar fail
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.