KUALA LUMPUR: Majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan pemantauan pematuhan PKP di beberapa kawasan kilang dan industri sekitar Lembah Klang, beliau berkata kluster perkilangan didapati antara yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes kebelakangan ini.
"Jika berterusan begini, angka yang ditunjukkan DG (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) pada setiap hari tidak dapat kita diturunkan di bawah paras 5,000.
"Oleh itu, saya minta kepada semua majikan agar patuh SOP PKP dan jika sektor perkilangan tidak patuh SOP PKP, saya risau kita tidak dapat melandaikan kes COVID-19," katanya.
BACA: 90 kilang diarah tutup dalam tempoh total lockdown
Hamzah berkata oleh itu, hari ini merupakan hari terakhir majikan sektor perkilangan di seluruh negara diberi amaran jika mereka melanggar SOP PKP.
"Tidak ada maaf lagi kepada mereka dan saya gesa majikan yang diberikan kebenaran untuk beroperasi melihat semula kelulusan yang diberi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi.
"Ada majikan yang diberi kelulusan MITI untuk beroperasi namun melanggar SOP PKP. Sebagai contoh, sebuah kilang sektor kuari di Kajang hari ini yang kakitangannya melebihi 60 peratus," katanya.
Beliau juga berkata lebih 40 kilang di seluruh negara telah dikompaun sejak 1 Jun lepas kerana melanggar SOP PKP.
"Kebanyakan kilang yang sudah dikompaun sebelum ini tidak beroperasi semula dan saya mahu majikan mereka memahami bahawa memutuskan rantaian COVID-19 adalah tanggungjawab bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

Datuk Seri Hamzah Zainuddin (dua, kanan) bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan (dua, kiri) melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa kawasan kilang dan industri di sekitar Lembah Klang hari ini. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti
Kerajaan merancang untuk mengeluarkan laporan awal pada Isnin, yang akan dihantar kepada ICAO, Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang
Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.

Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.

Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.

Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.

Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.

LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.