ARAU: Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu.
"Kita tunggu, kalau ada laporan dibuat, biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity, setakat saya tahu belum ada laporan dibuat kepada kami...tak semudah itu (untuk mengambil tindakan kepada penyebar), kalau ada laporan kita akan siasat," katanya kepada pemberita sebelum majlis mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini hari ini.
BACA: Audio tular: Ahmad Zahid dijangka buat laporan polis petang ini
Saifuddin diminta mengulas mengenai rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat yang tular dalam media sosial, yang antara lain memaparkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas, menerusi panggilan telefon.
Dalam pada itu, mengenai kunjungan hormat beliau mengadap Raja Perlis itu, Saifuddin berkata antara topik yang dibincangkan bersama Tuanku Syed Sirajuddin ialah berkaitan kesalinghubungan internet dan perkembangan ekonomi digital.
"Saya mendapat maklum Tuanku Raja Perlis memang sangat berminat bukan saja soal kesalinghubungan, tetapi juga kemajuan Perlis dari segi ekonomi digital," katanya.
Saifuddin berkata, beliau juga memohon titah nasihat daripada baginda mengenai perkara yang boleh ditambah baik di Perlis, terutama hal-hal yang menjadi tanggungjawab kementerian itu dan agensi di bawahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak MCMC mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis siasat kes bacaan doa tular
Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.

Individu di sebalik audio tular kepada "Datin" dikenal pasti - Wisma Putra
Individu disyaki membuat rakaman mengandungi tuduhan terhadap Kementerian Luar Negeri dikenal pasti.

Politik Melaka: Tular audio perbualan, Idris nafi itu suaranya
Ketika suhu politik di Negeri Melaka terus panas susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu, tular pula satu klip audio yang didakwa mirip suara Bekas Ahli Dewan Undangan Neger

Audio tular: UMNO belum bersedia hadapi pilihan raya, dakwa suara mirip Tajuddin
Satu rakaman audio dikatakan mirip suara Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang menegaskan parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya umum, tular di media sosial.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

Polis terima 18 laporan mengenai rakaman audio tular mirip Anwar, Zahid - Bukit Aman
Polis menerima 18 laporan berhubung perbualan rakaman audio tular didakwa mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.