KUALA LUMPUR: Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini, melibatkan pemberian vaksin COVID-19 baru-baru ini.
Pada masa sama, individu didaftarkan tanpa pengetahuan mereka untuk vaksin AstraZeneca akan dihubungi Badan Bertindak Imunisasi (CITF) bagi dapatkan persetujuan.
Perkara berkenaan diputuskan susulan pertemuan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Ahad.
Dalam satu kenyataan bersama, Khairy dan Amirudin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi pihak individu yang sudah mendaftar di bawah kempen bantuan (outreach) ImuniSel.
"Walau bagaimanapun, seperti yang telah diumumkan oleh CITF, tempahan slot vaksin AstraZeneca adalah dibuat secara sukarela atau opt in atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin AstraZeneca.
"Justeru, pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca memerlukan persetujuan berbeza berbanding vaksin-vaksin lain yang berada dalam program arus perdana PICK.
"Oleh yang demikian, pihak ImuniSel mengambil maklum berhubung keperluan mendapatkan kebenaran berbeza ini sebelum pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca dibuat," kata kenyataan tersebut.
Menerusi pendaftaran AstraZeneca yang dibuat oleh Imunisel tanpa pengetahuan mereka, terdapat beberapa individu yang telah terlebih dahulu menerima janji temu vaksinasi bukan AstraZeneca, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca.
Bagi menyelesaikan isu ini, pihak ImuniSEL telah bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.
Sementara, bagi individu yang terkesan akibat penggantian janji temu dan tidak bersetuju dengan janji temu baharu yang diberikan, individu terbabit akan diberikan semula janji temu terdahulu.
Kenyataan itu juga memaklumkan satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan terutamanya yang telah menerima janji temu baharu menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera.
Astro Awani
Sun May 30 2021
![Tiada manipulasi sistem oleh SELangkah dalam pendaftaran AstraZeneca Tiada manipulasi sistem oleh SELangkah dalam pendaftaran AstraZeneca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622390392_Selangkah.jpg)
Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini, melibatkan pemberian vaksin COVID-19 baru-baru ini.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Selangor mohon penerima SelVAX dibenar guna sementara sijil digital SELangkah Selangor mohon penerima SelVAX dibenar guna sementara sijil digital SELangkah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61588831852_SELangkahaplikasi.jpg)
Selangor mohon penerima SelVAX dibenar guna sementara sijil digital SELangkah
Kerajaan negeri Selangor sudah memohon kepada CITF agar penerima vaksin di bawah program SelVAX diberi kebenaran menggunakan sijil vaksinasi digital SELangkah buat sementara waktu.
![Pakej Kita Selangor 2.0: 'Home assessment tool' diberi, tangani kes BID COVID-19 Pakej Kita Selangor 2.0: 'Home assessment tool' diberi, tangani kes BID COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71586439891_UjianSaringan.jpg)
Pakej Kita Selangor 2.0: 'Home assessment tool' diberi, tangani kes BID COVID-19
Inisiatif bernilai RM1.25 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu akan memastikan kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19 dikurangkan.
![SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622077782_Astrazeneca.jpg)
SELangkah nafi penglibatan dalam tempahan slot AstraZeneca
Pihak SELangkah menegaskan bahawa tidak mempunyai sebarang penglibatan berkenaan hal itu seperti yang didakwa.
![Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602952513_TBGENERICCOVID.jpg)
Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini
Saringan akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.
![COVID-19: Waktu operasi restoran berkonsepkan bar di Selangor dihadkan hingga 11 malam COVID-19: Waktu operasi restoran berkonsepkan bar di Selangor dihadkan hingga 11 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601644125_Amirudin.jpg)
COVID-19: Waktu operasi restoran berkonsepkan bar di Selangor dihadkan hingga 11 malam
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata mana-mana pemilk restoran yang gagal mematuh arahan tersebut akan berdepan risiko lesen mereka dibatalkan serta-merta.
![SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588831852_SELangkahaplikasi.jpg)
SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia
Pencipta aplikasi SELangkah Dr Helmi Zakariah percaya teknologi tersebut mampu membantu orang ramai menjayakan disiplin Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.